Hishamuddin Tak Layak Untuk Jawatan Menteri Kanan Dalam Kabinet?

hisham-najib-kabinet
 
Bila sebut sahaja nama Hishamuddin Hussein pasti ramai yang mencebik bibir, menjelir lidah sambil menunjukkan jari tengah apabila mengenang kembali bertapa lemah lembutnya tindakan bekas menteri KDN itu dalam menangani isu rakyat terutama sekali dalam hal yang berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam.

Gelombang penolakan terhadap Hishamuddin untuk jawatan menteri kabinet yang melibatkan kepentingan rakyat terbanyak semakin kuat bagai sudah tidak boleh dibendung lagi. Disaat artikel ini ditulis, difahamkan Najib Razak masih lagi berdegil mahu sepupunya itu kekal sebagai Menteri Dalam Negeri.

Segala penolakkan dan rasa menyampah yang dizahirkan terhadap bekas menteri KDN itu disebabkan oleh 'kelembutanya' dalam menyelesaikan beberapa isu penting yang penah berlaku sepanjang lima tahun lepas beliau menyandang jawatan tersebut. Bermula dengan siri perhimpuan Haram BERSIH hinggalah isu pecerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah yang didalangi oleh Pakatan Pembangkang.

Cukup-cukup lah setakat di sini sahaja, Hisamuddin menjawat jawatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, jangan di 'extend' selama lima tahun lagi. Rakyat memerlukan seorang menteri KDN yang tegas dan sentiasa bersedia berdepan dengan cabaran semasa.

Sekiranya Najib masih lagi berdegil mahu sepupunya itu terus kekal dengan jawatan kabinet yang disandangnya penggal lepas. Percaya lah, karier politik Najib Razak sebagai Perdana Menteri akan berkahir dengan lebih cepat dari apa yang kita semua sangkakan.

Wak J | JERING Daily
Share on Google Plus

About Jering Daily

2 comments:

  1. Jadi betul lah slogan Pakatan "Tukar". Terasa menyesal pula undi BN .

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.