10 Fakta Penting Skandal RM 30 Billion Wang Rakyat Melibatkan MB Selangor

sultan-mb-azmin-ali

Di bawah ini adalah ringkasan fakta Skandal RM 30 Billion Wang Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor yang didakwa melibatkan seorang menteri besar dan kroninya. Kebanyakkan persoalan yang dibangkitkan ini datangnya dari kalangan pemimpin Pembangkang sendiri.

Namun, tidak dapat dipastikan samada tindakan pemimpin ini mempersoalkan kredibeliti pentadbiran Azmin Ali selaku menteri besar dibuat atas dasar ketelusan atau ada agenda disebaliknya iaitu komplot untuk mendesak Azmin letak jawatan.

1. Menteri Besar Selangor Azmin Ali menubuhkan sebuah syarikat bernilai RM 2 baharu iaitu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Sdn Bhd ( DEIG )

2. Terdapat sebanyak 74 GLC kerajaan negeri Selangor yang sebelum ini di bawah MBI kini akan BERADA dibawah pengurusan DEIG. ( menurut ADUN DAP Yeo Bee Yin).

3. Syarikat ini ditubuhkan dengan memiliki niat untuk mengendalikan aset dan kewagan kerajaan negeri Selangor tanpa pengetahuan Dewan Undangan Negeri sebelum ini ( menurut ADUN DAP ) .

4. Disebabkan syarikat ini ditubuhkan atas Company Act maka segala aktiviti dan operasi serta kewangan dan pengurusan status kewangan dan pelaburan ini tidak perlu dilaporkan kepada Dewan Undangan Negeri.

Secara tidak langsung akan menandakan syarikat ini bebas membuat apa - apa sahaja dengan wang rakyat dan kerajaan negeri Selangor tanpa perlu melaporkan kepada sesiapa. ( hanya kepada board of director syarikat ).

5. Keadaan ini juga bermakna segala aktiviti kewangan syarikat ini tiada undang - undang atau akta untuk audit atau bagi mereka melaporkan kepada DUN atau kerajaan Negeri.

6. Wang dan aset kerajaan negeri kini terletak dibawah pengurusan syarikat bernilai RM 2 yang ditubuhkan oleh Azmin Ali tanpa pengetahuan rakan - rakan parti komponennya sebelum ini.

7. Apakah nasib aset wang dan rakyat negeri Selangor kini hendak diletakkan atas sebuah syarikat bernilai RM 2 yang diketuai oleh 2 individu dalam syarikat tersebut?

8. Jangan lupa setelah PKR/DAP memerintah negeri Selangor maka sudah terdapat kenaikan cukai PBT sehingga 400%.

Kadar baru lesen perniagaan di negeri Selangor meningkat sehingga 300%.
Sebagai contohnya , perniagaan bagi premis yang menjual kenderaan terpakai mengalami kenaikan sebanyak 282 peratus iaitu dari RM390 sebelum ini kepada RM 1,490.

Pakatan pembangkang menaikkan bayaran 90 jenis lesen perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Malahan kenaikkan cukai pintu ini turut melibatkan rumah kebajikan orang tua, rumah orang kurang upaya, pusat penjagaan kanak-kanak.

Pihak berkuasa tempatan turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menaikkan cukai pintu 10 kali ganda bagi penduduk di kawasan Kampung Baru, Sungai Buloh, dan Kampung Baru Subang. Ini bakal membebankan rakyat.

Kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila ianya meningkat dari tahun 2011 dan 2012. Senario yang cukup membebankan apabila penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM1,470 pada tahun 2011 telah menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada 2013.

Apakah kenaikan - kenaikan ini kesemuanya digunakan dan diperjudikan dibawah syarikat RM 2 ?

Apakah wang rakyat jelata negeri Selangor kini dibawah pengurusan 2 individu dibawah syarikat bernilai RM 2 ?

Mengapa wang kerajaan negeri dan rakyat jelata memerlukan sebuah syarikat untuk menguruskannya?

9. Bayangkan situasi sebegini berlaku pada pihak Barisan Nasional pada hari ini? Bayangkan sekirannya kerajaan negeri Johor dibawah BN meletakkan kesemua aset dan kewangan negeri dibawah sebuah syarikat baharu yang hanya akan dikendalikan oleh 2 orang  individu?

10. Mengapa Ambiga , Anwar , Rafizi Ramli , Red Bean Army , Malaysiakini , BERSIH dan Tony Pua, serta Tun Mahathir belum lagi bersuara ? Mengapa kini diam tidak berkata ?
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. artikel ni kering la, xde point kukuh. lu pun tulis mcm pandai sangat, mcm tahu selok belok perniagaan akaun ekonomi perbankan.
    xyah tulis blog la kalau ilmu cetek.
    dan aku tau ko xkan berani siar komen ni

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.