Syarikat 2 Ringgit Urus RM30 Bilion Aset Negeri Selangor

azmin-skandal-DEIG

Anak angkat kepada Tun Dr Mahathir yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) Sdn Bhd berbeza dengan syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sarat dengan hutang.

Jelas abang kandung Azwan Ali itu lagi, DEIG tidak memberi kesan langsung kepada negeri memandangkan syarikat itu hanya bertanggungjawab soal pelaburan, manakala dasarnya akan diputuskan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan kerajaan negeri.

Ketika di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor, Azmin menafikan peranan DEIG adalah tidak sama seperti 1MDB dan juga sebagai 'orang tengah' seperti yang didakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tambah ADUN Bukit Antarabangsa itu, DEIG adalah untuk meningkatkan hasil keuntungan dan mengurangkan risiko pelaburan selain masih tertakluk di bawah enakmen MBI.

Katanya, kerajaan berpotensi menanggung risiko sekiranya DEIG diasingkan sepenuhnya dari MBI.

“MBI yang mempunyai aset bernilai RM6.3 bilion mempunyai 12 anak syarikat di bawahnya dan DEIG tidak bertindak sebagai pesaing mereka.

“Dari struktur modal, DEIG tidak ada buat pinjaman modal, tiada aset dan anak syarikat yang dikendalikan yang mula beroperasi pada suku pertama 2016,” katanya

Penubuhan DEIG telah menimbulkan kekeliruan di kalangan ADUN baik dari kerajaan atau pembangkang.

Wakil Barisan Nasional (BN) Selangor, Budiman Zohdi mendakwa entiti baru di bawah MBI itu akan memberi kesan negatif apabila kedudukannya lebih istimewa kerana tidak perlu melaporkan terus kepada kerajaan negeri selain operasinya tidak akan diaudit.

Sementara itu ADUN DAP dari Damansara, Yeo Bee Yin pula menggesa Menteri Besar tampil memberi penjelasan yang konkrit untuk menggelak berlakunya kekeliruan di kalangan ADUN.

Menurut sumber blog MyMassa, rekod di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat DEIG dimiliki individu bernama Raja Shahreen Raja Othman Dan Soffan Afendi.

Sumber tersebut turut mempersoal apa hubungan mereka berdua dengan Azmin Ali sehinggakan syarikat bernilai RM2 itu diberikepercayaan dan mendapat derma  berjumlah RM30 Billion.

Rakyat Selangor tertipu, wang sudah dipindahkan RM30 billion, dan Azmin akan menghapuskan pemberian air percuma!
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.