Wanita Melayu pertama menyertai DAP, Dyana Sofea Daud dalam satu program wacana yang dikendalikan oleh sebuah syarikat akhbar tempatan menyeru agar kuasa politik baharu di negara ini harus memberikan lebih ruang bagi anak muda untuk bebas bersuara dan menyatakan pendapat masing-masing.
Menurut Ahli Majlis Eksekutif Sosialis Muda DAP Kebangsaan, sejak dahulu lagi, ia sentiasa menjadi sebahagian dari perjuangannya dalam dunia politik dan sudah tiba masanya hak tersebut diberikan kepada rakyat khususnya golongan muda.
Dyana dulunya pernah didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wakil rakyat, menyeru anak muda selaku suara mejoriti agar bangkit dan menuntut semula kebebasan bersuara dalam negara yang telah dinafikan sebelum ini.
Dalam program wacana itu, Dyana turut menyatakan bahawa golongan muda yang berumur 34 tahun dan ke bawah tergolong kepada 64 peratus daripada rakyat Malaysia. Jelasnya sekali lagi, anak muda adalah suara mejoriti dalam negara ini.
Dyana yang juga pelajar lulusan undang-undang itu turut menuntut penyelarasan dibuat bagi kenaikan tangga gaji bagi tenaga pekerja dalam sektor swasta dan awam. Dyana turut mengaku, partinya mempunyai masalah dengan dasar awam negara yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Salah satunya adalah masalah pendapatan atau gaji yang menjadi isu di negara ini sejak sekian lama.
Pembantu kepada Lim Kit Siang itu juga turut berpandangan agar kerajaan mengkaji semula tangga gaji semasa bagi kakitangan awam dan swasta selaras dengan kenaikkan kos sara hidup hari ini tanpa perlu mengupah tenaga kerja asing.

Zaril juga yang untunggggggg.
BalasPadam