Tun M Sindir Anwar Gagal Calonkan Nama Isteri Jadi MB

azizah-Anwar-Mahathir-mb

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke empat, Tun Mahathir (Tun M) hari ini menyindir Anwar Ibrahim yang kini sedang berdepan dengan kesulitan untuk melantik isterinya menjadi Menteri Besar Selangor apabila pihak Istana menolak pencalonan nama Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar negeri itu.

Tun M mendedahkan sepanjang perkhidmatan beliau selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau pernah menghantar satu nama sahaja sebagai calon menteri besar kepada Istana.

Dalam temubualnya bersama pemberita, Tun memberitahu bahawa dirinya tidak pernah berhadapan dengan masalah besar dengan mana-mana Sultan seperti yang dihadapi Anwar sekarang walau hanya menyerahkan satu nama sahaja untuk jawatan menteri besar ketika menjadi Perdana Menteri.

hot chick eyes
Apa yang tak kena! Klik foto
Apabila diajukan pertanyaan berkenaan situasi terkini yang berlaku di Selangor, Tun M dalam kenyataannya sempat menyindir bekas anak didiknya, Anwar Ibrahim yang kini masih lagi tercari-cari muslihat untuk meperdayakan Sultan Selangor agar memilih isterinya bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Tun M yang juga merupakan penasihat Proton menganggap tindakan Anwar dan Pakatan Pembangkang (PR) yang terus berdegil mahu mencalonkan nama isterinya untuk jawatan tersebut sebagai satu perbuatan yang menjengkelkan pihak Istana.

Di akhir temubualnya, Tun mengingatkan Anwar dan Pakatan supaya mengubah sikap dan perangai ketika berurusan dengan pihak tertentu, terutamaya dengan pihak Istana jika berhajat tentang sesuatu perkara.

Sebelum ini, PKR dan DAP menimbulkan kemurkaan Istana Selangor dengan hanya menghantar nama isteri Anwar Ibrahim sebagai calon menteri besar walaupun Sultan telah menitahkan supaya menghantar lebih dari dua sebelum itu.

Pihak Istana kemudianya memberi teguran dan mendakwa PKR dan DAP sebagai derhaka dan biadap kerana enggan mengikut langkah rakanya iaitu PAS yang menuruti titah Sultan Selangor dengan menghantar tiga nama calon dari parti itu untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar yang baru.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.