Akibat Kesombongan Khalid Ibrahim, Rakyat Selangor Pula Yang Tanggung Derita

khalid-zalimi-rakyat-selangor.jpg

SEREMBAN: "Jangan sombong sangat. Kalau tak nak, tak mengapa," kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menolak tawaran negeri itu untuk menjual 20 juta gelen air sehari kepada Selangor dalam usaha membantu menangani krisis air di negeri itu.

Menurut Mohamad, Negeri Sembilan tidak rugi apa-apa sekiranya Selangor enggan menerima tawaran itu, cuma beliau kasihan melihat rakyat Selangor terpaksa berdepan krisis air yang semakin meruncing.

"Kalau tak hendak tak apa, tapi jangan cakap air yang kita tawarkan itu terlalu sedikit. Fikir dulu sebelum bercakap.

“Saya bagi tahu ini pun atas dasar kemanusiaan, memandangkan rakyat di negeri itu terpaksa angkat baldi dan menunggu air di tepi jalan. Kata negeri maju, takkanlah rakyat terpaksa angkat baldi untuk dapatkan air," katanya.

Menurutnya, setakat ini Negeri Sembilan ada kelebihan 20 juta gelen air dan boleh diberikan kepada mana-mana negeri yang memerlukannya.

“Saya boleh beri apa yang kita ada. Setakat ini kita ada lebihan 20 juta gelen, kalau tidak dapat liputi seluruh negeri Selangor, sekurang-kurangnya bekalan air itu boleh tampung di mana-mana tempat terdesak, misalnya Shah Alam, Subang atau mana-mana daerah difikirkan perlu," katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, beliau hanya mahu membantu setakat yang mampu dan bukan menyelesaikan masalah air di negeri itu secara keseluruhan.

“Tapi kalau dia sombong sangat, tak kisahlah. Saya pun bukannya terhegeh-hegeh suruh dia beli. Lepas ini kalau dia melutut minta bantuan, saya tak akan bagi dan tidak akan layan. Pintu hati saya sudah tertutup," katanya.

Menurut Mohamad, kerajaan Negeri Sembilan sedia menjual air terawat maksimum 20 juta gelen sehari yang diperolehi daripada Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi.

Bagaimanapun, tawaran Mohamad itu dibalas dengan kenyataan Abdul Khalid yang menyifatkan jumlah 20 juta gelen itu sangat sedikit untuk menyelesaikan krisis air di Selangor.

“Jumlah 20 juta gelen air itu sangat sikit. Jadi tak payahlah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Itulah janji bekalan air percuma kpd rakyat marhein. Rumah orang kaya taklah diberi percuma kenalah bayar bil. Penduduk Selangpr amat gembira dan berpusu-pusu menerima bekalan percuma. Terima kasih pada Parti yang memerintah Selangor, janji ditunaikan.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.