Suhaizan Kayat Tak Sempat Langkah Mayat Karpal Singh Kerana Berada di UK

suhaizan-langkah-mayat-karpal

Admin: Walaupun penulis tahu itu bukan kerja Suhaizan Kayat selaku ketua Pemuda PAS, tapi tidak perlu rasanya di mengeluarkan kenyataan sedemikian (rujuk tulisan tebal). Cukup lah sekadar membuat penafian bahawa SMS tersebut bukan dia yang menghantarnya.

Yang menjadi persoalan sekarang, jika ketua Pemuda PAS ini berada di Malaysia, adakah dia akan melakukan upacara melangkah mayat Karpal Singh seperti yang didakwa dalam SMS palsu tersebut?
 
SHAH ALAM: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat menafikan bahawa beliau menghantar arahan dan menyebarkan mesej untuk satu upacara melangkah mayat mendiang, Karpal Singh.

Katanya, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan sistem pesanan ringkas (SMS) dan Whatsapp kononnya tindakan itu adalah arahan beliau.

“Mesej ini berniat jahat dan cuba mencemar nama baik saya dan Pemuda PAS Malaysia,” katanya melalui laman facebook.

Mesej yang disebar luas berkenaan menggesa seluruh masyarakat untuk datang ke Hospital Ipoh, pada jam 1 tengah hari bagi melangkah mayat mendiang Ahli Parlimen Bukit Jelutong itu.

Berikut adalah mesej yang disebarkan kepada masyarakat umum dengan menggunakan nama Suhaizan Kayan:

“Satu upacara melangkah mayat Karpal Singh akan diadakan di rumah mayat Hospital Ipoh jam 1 tengah hari ini, upacara akan diketuai oleh saya sendiri, kepada mana-mana Pemuda Pas, dan juga ahli-ahli Pas yang berkelapangan dijemput hadir, Pihak media juga dijemput hadir untuk membuat liputan,”.

Suhaizan berkata, beliau dan beberapa orang rombangannya baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah dan kini berada di United Kingdom bagi menghadiri perjumpaan bersama Menteri Hal Ehwal Luar dan Pembangunan Antarabangsa, Humza Yousaf.

“Saya baru balik daripada umrah dan kini di United Kingdom, bagaimana mungkin saya ingin langkah mayatnya,” katanya.

Semalam, Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Nasaie Ismail membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam berhubung SMS jahat yang disebar atas nama Ketua Pemuda PAS Malaysia itu berhubung kematian Karpal.
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. apa susahnya nak langkah mayat Karpal.. Buat secara "RHAIB" sahaja. Letak gambar Ksingh. Langkah dengan niat. Innama a'amal binniat. Kan mudah. Tak payah nafi-nafilah. Itulah sindrom DAPas

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.