Enggan Jumpa Anwar, Obama Tidak Mahu Terpalit Dengan Isu Liwat

anwar-liwat-obama

Pertemuan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi sebahagian daripada jadual lawatan Barack Obama dalam kunjungan presiden Amerika Syarikat itu ke negara ini pada hujung minggu depan.

Laporan AFP yang memetik kenyataan penasihat keselamatan AS Susan Rice menyebut walau Obama tidak membuat pertemuan itu, ia bagaimanapun mungkin berlangsung dengan pegawai lain.

“Saya fikir presiden mungkin tidak membuat pertemuan (dengan Anwar) – mungkin ada pertemuan di peringkat lain,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Kunjungan Obama itu berlangsung hanya sebulan selepas Anwar disabitkan kesalahan di Mahkamah Rayuan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan Liwat II.

Anwar kini masih bebas selepas dibenarkan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman, sehingga kes diputuskan di Mahkamah Persekutuan.

Beberapa tokoh utama AS mengkritik kerajaan Malaysia apabila Anwar dibicarakan atas tuduhan liwat untuk kali kedua pada 2010.

Bekas naib presiden AS Al Gore dan bekas timbalan setiausaha pertahanan negara itu Paul Wolfowitx menyifatkan kes berkenaan sebagai tuduhan yang “direka-reka”.

Pentadbiran Obama bagaimanapun tidak memberi pandangan rasmi berhubung kes tersebut dan lebih menumpukan kepada usaha menjaga hubungan baik dengan kerajaan Malaysia.

Kunjungan Obama ke Malaysia merupakan kunjungan sulung oleh seorang presiden AS dalam tempoh hampir setengah abad.

Sumber: Malaysiakini
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.