Selepas Bersiaran Di TV3, MB Selangor Digelar 'Khalid Three Four'

khalid-three-four

Admin: Apa yang diludah penyokong Pakatan Pembangkang ke langit akhirnya terkena di muka sendiri. Kutukan terhadap TV3 dengan gelaran 'TV3 Suku' akhirnya terkena kepada Menteri Besar Selangor setelah diwawancara dalam sebuah rancangan yang dikendalikan oleh setesen tv tersebut.

Penulis yakin selepas ini penyokong Pembangkang yang 'bertuhankan' Anwar akan mengelarkan Khlid Ibrahim sebagai 'Khalid Tiga Suku' atau 'Khalid Three Four' seperti mana gelaran yang diberi kepada TV3.

Abdul Khalid: MoU air diumum dalam seminggu

SHAH ALAM - Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan berhubung penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri itu akan didedahkan kepada umum dalam masa seminggu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata, beliau telah berbincang dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili semalam berhubung perlunya orang ramai mendapatkan salinan memorandum itu.

"Berdasarkan kenyataan menteri, MoU memang mempunyai kepentingan umum dan tidak menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara oleh itu boleh didedah kepada umum," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri di sini hari ini.

Rabu lepas, kerajaan-kerajaan Persekutuan dan Selangor mencapai persetujuan mengenai syarat yang membolehkan pelaksanaan projek rawatan air Langat 2 dan pengambilalihan aset air oleh kerajaan negeri.

Di bawah MoU itu, kerajaan Persekutuan bersetuju Kerajaan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash), dengan bayaran pampasan RM9.65 bilion.

Ditanya sama ada penduduk Selangor akan dikenakan kenaikan tarif air di bawah MoU itu, Abdul Khalid memberi jaminan tidak ada kenaikan tarif air dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Beliau juga berkata kerajaan-kerajaan Selangor dan Persekutuan telah bersetuju menandatangani Perjanjian Awal yang mengandungi maklumat lebih menyeluruh mengenai rancangan penstrukturan semula industri air di Selangor. 

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan bekerjasama dengan Kumpulan Darul Ehsan Berhad, cabang pelaburan kerajaan Selangor, bagi menghasilkan draf perjanjian yang akan ditandatangani tidak lama lagi sebelum diumumkan kepada ramai, kata beliau.

Abdul Khalid berkata projek HORAS (Hybrid Off River Augmentation System) di Kuala Selangor akan membantu menyelesai masalah air di negeri itu sementara menunggu siapnya loji rawatan air Langat 2.

Sementara itu, anggota exco negeri yang bertanggungjawab mengenai modal insan Dr Halimah Ali, pada sidang akhbar yang sama, berkata kerajaan negeri bersetuju menghulur bantuan RM20,000 kepada keluarga korporal polis Raja Aizam Raja Mohd, 53, yang diserang hendap dan dibunuh oleh sekumpulan warga asing dipercayai pendatang tanpa izin Indonesia di Taman Sentosa, Klang, semalam.  

Di KUALA NERANG, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, projek Loji Rawatan Air Langat 2 dibina bertujuan membantu rakyat Selangor dan bukan menganiayai kerajaan Selangor.

Pembinaan Langat 2 telah dirancang sejak enam tahun lepas bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat Parlimen Padang Terap kepada 2,000 orang penerima. - Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Tiada kenaikan tariff air untuk 3 tahun akan datang, tapi dalam masa tu, catuan air mungkin akan kerap dilakukan jika kemarau melanda negara lagi... yes la...

    O ye, lepas tiga tahun, dekat2 nak PRU-14 nanti baru Khalid akan buat keputusan untuk NAIKKAN tarif air, satu hadiah terbaik untuk rakyat selangor.. pun yes laaa...

    Muahahahahaha

    BalasPadam
  2. ko ni pun satu Positive la skit fikiran ko tu.. ko tak faham rasa tanggungjawab besar dalam diri Khalid tu.. cakap pandai, ko buat ak nk tgok

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.