Pinjaman Perumahan Tanpa Faedah, Felda Terus Bela Nasib Peneroka

najib-felda

KUALA LUMPUR: Felda menyediakan peruntukan tambahan RM100 juta bagi skim pinjaman program pembesaran rumah untuk 12,000 penerokanya tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata setakat ini, 100,000 peneroka mendapat manfaat daripada kemudahan pinjaman tanpa faedah yang diwujudkan sejak tahun 2005 itu.

Beliau berkata pinjaman dengan jumlah maksimum RM40,000 itu akan dipertimbangkan kepada peneroka yang layak bagi membina semula atau mengubah suai rumah di tanah rancangan.

"Peneroka yang belum pohon bolehlah pohon pinjaman yang teristimewa dan yang terbaik di dunia ini," katanya ketika berucap merasmikan majlis Anugerah Semai Bakti Felda 2013 di Menara Felda di sini, Khamis.

Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Najib berkata warga Felda juga tidak boleh terlalu selesa dengan kejayaan yang diperoleh selama ini kerana ia perlu dipertahankan dan dipertingkatkan lagi.

"Selama 58 tahun, kita semua dapat menyaksikan bagaimana Felda sebagai satu komuniti melakukan perubahan yang besar kepada setiap keluarga Felda sama ada dari segi paras pendapatan, taraf kehidupan, rumah kediaman dan kemudahan infrastruktur," katanya.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan Pingat Semai Bakti kepada 18 kakitangan Felda yang menyumbang kepada kecemerlangan organisasi itu secara berterusan. - BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Anda perlu uang untuk memulai bisnis Anda sendiri
    silahkan hubungi kami karena kami memberikan kredit kepada perusahaan-perusahaan swasta
    dan perusahaan di bawah jelas dan dimengerti
    syarat dan kondisi. Hubungi kami dengan email ini jackbransonloanfirm@gmail.com
    DIBUTUHKAN jumlah pinjaman:
    Tujuan pinjaman:
    seks:
    nama:
    ADDRESS:
    PHONE:
    Status pernikahan:
    AGE:
    posisi:
    Monthely PENGHASILAN:
    COUNTRY:
    Email jackbransonloanfirm@gmail.com

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.