'Dajal' Hasut MB Selangor Jangan Tandatangan Perjanjian Air Dengan Pusat

anwar-dajal-khalid

Admin: Nampaknya sampai bila-bila pun negeri Selangor akan terus berdepan dengan masalah air sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu terus menjadi batu penghalang utama dalam penyelesaian kemelut isu air yang sudah sekian lama membelenggu.

Setelah temetrainya perjanjian penstrukturan semula insdustri air Selangor antara kerajan pusat dan kerajaan negeri, baru sekarang kita dapat lihat wajah sebenar siapa yang benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat dan yang menggunakan rakyat sebagai perisai menutup muka semata-mata untuk melindungi sikap hipokrit masing-masing.

Sekarang semuanya terpulang pada rakyat Selangor sendiri kerana telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang memerintah untuk menyelesaikan masalah air yang berlaku. Jalan penyelesaian terhadap isu air ini sudah terbentang luas di depan mata. Jangan kerana terikut-ikut dan termakan hasutan dan tipu daya dajal kita pula yang menggung azabnya bila tak ada air.

Pimpinan PR Sekat Khalid Tandatangan Perjanjian Air Dengan Pusat
 
KUALA LUMPUR: Nasib Memorandum Persefahaman (MoU) perjanjian pengstrukturan semula air di Selangor dan Wilayah Persekutuan kini menjadi tanda tanya selepas pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) pada Rabu mengarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan kerajaan pusat tanpa kelulusan mereka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Khalid perlu menjelaskan beberapa butiran perjanjian MoU serta mendengar pandangan-pandangan daripada Majlis Pimpinan PR sebelum menandatangani perjanjian tersebut.

"Kita minta Tan Sri Abdul Khalid lebih teliti terutama dalam kenyataannya tentang perjanjian yang bakal ditandatangani.

"(Khalid) Harus diberikan penjelasan yang lebih terperinci tentang kesan (perjanjian) kepada Selangor, soal tarif dan beberapa aspek perjanjian termasuk Langat 2 kepada pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ditandatangani...kalau lepas tandatangan (penjelasan) tak ada makna dah," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di Ibu Pejabat PAS Pusat di sini, Rabu.

Hadir sama Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Kongres Khas DAP, Anthony Loke.

Anwar berkata, tiga wakil PR telah dihantar untuk mengadakan perbincangan dan menyatakan pandangan mengenai perjanjian air dengan Khalid.

Mereka ialah Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang turut hadir pada mesyuarat sebelum sidang media diadakan.

Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.