Liwat 2: Anwar Diberi Amaran Jangan Buat Rayuan Kali Keempat

anwar-pendakap-leher-1

Admin: Sudah tiga kali Anwar membuat rayuan untuk mengenepikan peguam tersohor, Dr. Muhammad Shafee Abdullah  sebagai ketua pendakwaraya bagi kes liwatnya yang kini masuk pusingan kedua.

Dr. Muhammad Shafee Abdullah hanyalah manusia biasa, kenapa Anwar kali ini begitu takut berdepan dengan peguam pendakwaraya yang mewakili Saipul di kamar  keadilan sedangkan peguam yang mewakili Anwar dalam kes ini juga bukan calang-calang orang dan hebat putar belitnya.

Gelagat Anwar yang sering melengah-lengahkan perbicaraan liwatnya bukan sahaja membuatkan rakyat meluat malahan para hakim yang mengendalikan kesnya ini turut menyampah sampai terpaksa memberi amaran kepada Ketua Pembangkang Pakatan itu supaya tidak membuat rayuan lagi.

Mahkamah Tolak Rayuan Anwar Benarkan Jude Pereira Sebagai Saksi Kes Liwat II

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membenarkan Jude Blacious Pereira dipanggil semula sebagai saksi bagi kes liwat II.

Keputusan tersebut dibuat lima panel hakim iaitu Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasalan Lah, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali selepas bersetuju dengan bantahan pihak pendakwa berhubung notis rayuan tersebut.

Pereira yang merupakan bekas pegawai penyiasat tidak dibenarkan menjadi saksi kerana pernah didapati berbohong ketika perbicaraan inkuiri SUHAKAM.

Beliau dilaporkan telah mengambil sampel DNA berkenaan daripada doktor yang memeriksa Anwar dan menukar bungkusan berkenaan dan dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Sementara itu, di luar mahkamah, Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, keputusan tersebut merupakan satu keputusan yang baik di mana tiada lagi alasan akan digunakan oleh Anwar untuk melewat-lewatkan kes.

"Tidak ada apa-apa halangan dan bantahan selepas di mana pelbagai masalah telah diselesaikan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

"Jadi keputusan sama ada Anwar bersalah atau tidak di dalam Rayuan Kes Liwat 2 ini akan ditentukan pada 6 dan 7 Mac ini," katanya.

Mahkamah Rayuan menetapkan pada 6 dan 7 Mac ini untuk mendengar rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Semalam, Anwar telah diberi amaran oleh pihak mahkamah dan akan dikenakan tindakan sekiranya beliau cuba membuat rayuan kali keempat bagi menggugurkan Shafee.

Amaran itu dibuat selepas pihak mahkamah mula sedar, dimana proses rayuan yang dibuat oleh Anwar dan peguamnya adalah satu tindakan untuk sengaja melengah-lengahkan rayuan kes liwat membabitkan diri beliau.

Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.