Selepas Pasaraya Tesco, Kelantan Bakal Miliki Kilang Besi Pertamanya

kelantan-kilang-besi

Admin: Pertama sekali penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar yang baru kerana telah berjaya menarik pelaburan besar berimpak tinggi masuk ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Jika dahulu semasa zaman Nik Aziz menjadi Menteri Besar, Kelantan membangun disebabkan adanya banyak pasaraya Tesco dibuka di sana, tapi kini di bawah pentadbiran Ahmad Yakob, negeri Kelantan bakal bertambah membangun dan maju apabila siapnya kilang besi itu nanti.

Walau baru diperingkat perjanjian dan belum lagi menjadi kenyataan, namun usaha murni kerajaan Kelantan menarik pelaburan masuk ke negeri itu wajar diberi pujian. Penulis berharap perjanjian yang dimetrai ini tidak terhenti setakat majlis pecah dan upacara memacak 'batu asas' sahaja. Semoga dengan adanya kilang besi pertama di Kelantan ini dapat membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan untuk memperbaiki mutu hidup mereka.

Cuma satu perkara sahaja yang menjadi tanya sekiranya kilang besi itu siap kelak. Mahukah rakyat Kelantan berkerja membanting tulang di kilang tersebut? Maklum lah kilang besi, dia punya habuk jangan ceritalah.

nik-aziz-batu-asas

Kilang besi pertama dibina di Kelantan

KOTA BHARU: Sebuah kilang besi membabitkan kos RM30 juta akan dibina syarikat Optimum Transform Sdn Bhd di kawasan perindustrian Staphanol, Kuala Krai.

Kilang tersebut yang pertama di Kelantan dibina dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di kawasan seluas 44.4 hektar.

Semalam berlangsung majlis menandatangani perjanjian membina kilang tersebut di antara PMBK dan Optimum Transform di pejabat Menteri Besar.

PMBK diwakili pengerusinya, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, manakala Pengarah Urusan Optimum Transform, Steven Lee Seng On mewakili syarikat terbabit.

Menteri Besar berkata, kilang tersebut bakal menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Katanya, tanah tersebut diberi dipajak selama 33 tahun kepada syarikat terbabit dijangka dapat meningkatkan lagi perkembangan ekonomi Kelantan.

“Kuantiti bijih besi di Kelantan agak banyak dan dengan adanya kilang syarikat tidak perlu lagi mengeksport bijih mentah keluar negara untuk diproses,” katanya pada majlis berkenaan.

Sebelum ini tanah mengandungi bijih besi yang dilombong di Rantau Panjang dieksport ke China dan Vietnam melalui pelabuhan Tok Bali untuk diproses.

Share on Google Plus

About Unknown

4 comments:

  1. Lahanat! Cakap pasal agama berapi-api macam naga, minta tolong pelabur kafir juga...

    BalasPadam
  2. Antara batu asas yg akan mnjadi tukun.

    BalasPadam
  3. Lahabauuu betul... Ini gambar letak batu asas bangunan tambahan kompleks kota darul nail.. Tak kena mengena dgn batu besi

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.