Patung Jesus Di Brazil Disambar Petir, Berhala Besar Di Kelantan Bila Lagi?

berhala-besar-kelantan

Admin: Kita semua tahu negeri paling banyak memiliki patung berhala di negara ini terletak nun jauh di Kelantan walau pemimpin politik di sana sering menggelarkan negeri tersebut sebagai tempat tadahan wahyu dan serambi Mekah.

Peristiwa pelik yang berlaku di Brazil seperti dalam foto yang ada lihat di bawah ini tidak mustahil boleh berlaku di Kelantan. Cuma menunggu masa selagi kerajaan yang mentadbir negeri itu terus membiarkan berhala tersebut kekal menjadi monumen kebanggaan. Berdoa lah banyak-banyak agar perkara seperti ini tidak berlaku di negara kita.

patung-jesus-kena-petir.jpg

Petir yang menghiasi langit Rio de Janeiro , Brazil telah  memanah ikon bandar tersebut iaitu patung raksasa Isa di puncak bukit Corcovado . Patung tersebut kehilangan salah satu jarinya akibat dipanah petir.

Hasil pemantauan pengelola menunjukkan bahawa petir telah merosakkan hujung jari patung setinggi 38 meter tersebut . Kini kerajaan tempatan berupaya melakukan penambahbaikan ibu jari kanan patung yang jadi destinasi pelancongan popular itu . Sebenarnya bahagian tersebut sudah lama rosak namun ia telah patah ketika petir menyambarnya .

Lembaga meteorologi tempatan juga menyebutkan bahawa serangan kilat yang berlaku sejak Khamis ( 16 / 1 ) lalu itu sebagai yang terbesar sejak 1999 .  Pada Sabtu , 18 Januari , patung Kristus Penebus tersebut mengalami panah  petir hingga mengalami kerosakan . Lokasi patung yang berada di ketinggian 700 m memang kerap menjadikannya sasaran kilat 3-5 kali dalam setahun.

patung-jesus-kena-petir2

" Kerosakan patung tersebut akan diperbaiki bulan depan , " kata Pastor Omar Raposo . Patung itu sendiri sudah menjalani pengubahsuaian pada tahun 2010 untuk memperbaiki hakisan pada wajah dan tangan yang menghabiskan  US $ 4 juta . Selesai dibina pada 1931 , patung Kristus Penebus tersebut setiap tahun dikunjungi hampir dua juta orang.

Lagi gambar menarik di sini
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.