PKR Berdepan Risiko Diharamkan Jika Pesalah Liwat Tanding Jawatan Presiden

Anwar-Sangkut-Kes-Liwat

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan risiko dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan hasrat bertanding jawatan Presiden, kata peguam, Edmund Bon pada Isnin.

Menurut Bon, mana-mana individu tidak boleh bertanding untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti jika individu tersebut disabitkan atas suatu kesalahan.

"Anwar tidak perlu bertanding. Oleh itu, apabila mereka menghantar namanya sebagai presiden parti kepada ROS, ia mungkin membawa kepada pertikaian yang boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran parti," kata Bon.

Beliau menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai 'menyalahi undang-undang' dibawah Akta Pertubuhan 1966.

Pendapat yang sama dikongsikan seorang lagi peguam, New Sin Yew, yang menjelaskan Seksyen 9A(1) (b) Akta Pertubuhan tidak membenarkan seseorang yang disabitkan kesalahan untuk bertanding atau memegang jawatan dalam pertubuhan.

"Menurut Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi atau memegang jawatan dalam pertubuhan yang didaftarkan jika disabitkan atas sebarang kesalahan dibawah undang-undang lain dan boleh didenda RM2,000 atau penjara tidak kurang dari setahun," kata New.

Bagaimanapun, peguam PKR, Radzlan Jalaludin berkata Anwar masih boleh bertanding berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 9(4) Akta Pertubuhan.

Di bawah Seksyen 9(4), Akta Pertubuhan memberikan pengecualian kepada seseorang yang hilang kelayakan dengan syarat mereka mengemukakan permohonan kepada pendaftar.

"Masih ada ruang untuk Anwar dicalonkan dan dipilih dengan syarat pengecualian diberikan oleh Pendaftar," kata Radzlan.

Ketika ditanya sama ada Anwar sudah memfailkan permohonan tersebut, Radzlan berkata dia tidak diberitahu mengenainya.
 
Sumber: MStar
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Haramkan terus lagi bagus...aman dunia ni

    BalasPadam
  2. Memang itu agenda drama sinetron. Ia cuba mencari ruang lobang tahi untuk menunjukkan ia satu penindasan dan menarik rakyat yang bodoh spt lembu untuk merasa simpati.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.