Musa Hitam Yang Masih 'Gelap' Hatinya

musa-hati-hitam

Admin: Kisah Memali kembali menjadi perbualan hangat di media sosial apabila Musa Hitam cuba mengungkit semula tagedi hitam tersebut di sebuah forum yang dianjurkan oleh kerajaan PAS Kelantan.

Banyak pihak mepertikai motif dan sebab kenapa setelah 30 tahun berlalu baru sekarang Musa Hitam terhegeh-hegeh membuat pendedahan yang melibatkan Tun Mahathir berkenaan tragedi yang berlaku di Kampung Memali tidak lama dulu.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, sepatutnya Musa Hitam tahu wujudnya dokumen dan rekod rasmi kerajaan serta transkrip ucapan rasmi Tun Mahathir di China pada tarikh itu, tapi kenapa dirinya tidak berani menyertakan segala maklumat dan bukti tersebut semasa membuat pendedahan di forum anjuran parti Pembangkang?

Adakah bekas Menteri Keselamatan Dalam Negeri itu baru mendapat petunjuk dari mimpi tidurnya untuk memburuk-burukkan bekas bosnya setelah usaha-usaha untuk menjatuhkan Tun Mahathir sebelum ini gagal?

Menurut sejarah, Musa Hitam sememangnya tidak 'sebulu' dengan Tun Mahathir sejak hasratnya ingin menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian. Pendedahan yang dibuat oleh Musa Hitam ini bukan satu perkara yang mengejutkan memandangkan dirinya kini dilihat lebih pro kepada Pembangkang.

Bagi membuktikan segala dakwaanya itu benar, sanggupkah Musa Hitam bersumpah lakhnat bagi membuktikan tuduhanya terhadap Tun Mahathir itu benar dan bukan rekaan semata-mata yang bersumberkan maklumat dari wikipedia.

Apa yang diharap dari pendedahan yang dibuat oleh Musa Hitam ini, tidak ada pihak lain pula yang akan mendedahkan segala kisah 'gelap' mengenai dirinya sepanjang menjadi menteri dan pemimpin kerajaan bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia siapa sebenarnya manusia yang bernama Musa Hitam ini.

KOTA BHARU - Setelah hampir 30 tahun tragedi Memali berlaku, kelmarin bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menjelaskan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, berada di Kuala Lumpur, bukan di China seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Musa, yang ketika itu juga memegang jawatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, menjadi panel Diskusi Siri 3, ‘Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang’ anjuran kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan moderator, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Sebelum itu, Musa menegur Mohammad Agus, kerana menyifatkan soalannya itu sama ada perdana menteri berada di China secara kebetulan atau dirancang ketika peristiwa itu berlaku tanpa penyiasatan mendalam.

“Siapa kata dia (Tun Mahathir) di China? Sebenarnya dia di Kuala Lumpur,” kata Musa, sambil disambut sorakan dan tepukan orang ramai yang mengikuti diskusi itu, di sini, semalam.

Musa berkata, beliau sendiri memaklumkan kepada perdana menteri tentang peristiwa 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang, manakala berpuluh yang lain cedera, walaupun menurutnya perdana menteri sudah mengetahuinya.

“Malah setahu saya, dua atau tiga hari kemudian baharulah beliau akan ke China. Bagaimanapun, saya sempat memaklumkan kepadanya bahawa peristiwa tersebut sangat serius dan beliau perlu berada dalam negara dengan menyertakan tiga alasan.

“Saya katakan padanya, ini kerana ia melibatkan orang Melayu, dalam sebuah negeri (Kedah), dan jika beliau ke China, ia menunjukkan bagaimana perdana menteri mengambil mudah soal ini sedangkan dia sendiri perlu menanganinya,” katanya.

Dalam diskusi yang turut menampilkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sebagai ahli panel itu, Musa berkata, tragedi Memali merupakan titik hitam dalam dunia politik beliau, malah terus terang katanya, itulah juga yang dinyatakan kepada rakan-rakan sealiran dengannya.

Dalam tragedi Memali kira-kira 3,000 anggota keselamatan mengepung Kampung Memali di Baling, Kedah, untuk menahan tokoh agama tempatan, Ustaz Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas dakwaan mengancam keselamatan negara dan memecahbelahkan umat Islam.

Selepas seminggu mengepung Memali melalui ‘Operasi Angkara’, pihak berkuasa memasuki kawasan itu menangkap Ibrahim. Berikutan itu, 14 penduduk kampung turut terbunuh, sementara berpuluh-puluh orang lagi tercedera.
Share on Google Plus

About Unknown

4 comments:

  1. apa lah motif dia ni....beliau patut cakap bende ni puluhan tahun dulu.... memalukan jawatan menteri KDN jer

    BalasPadam
  2. Apa beza dr.m ada dlm negeri atau luar negeri....

    Bukankah musa hitam menteri kdn masa tu...???

    Kenapa forum x tanya pada tun musa kenapa diambil tindakan menahan ustaz ibrahim libya...

    org yg turunkan tandatangan ada di depan mata.... kenapa x tanya....

    org yg meluluskan di ambil apa jua tindakan pon di dpn mata....

    kenapa melengcung ke tun.m....???

    Btw.... tanya sekali utz ibrahim libya mati syahid ka mati katak...

    tanya sekali tabung memali..... bernilai berpuluh juta....dgrnya....

    BalasPadam
  3. Si PENGKHIANAT MUSANG nikan hidup mewah dan glamour bukan main, mcm. omputih - disyaki diBIAYAI sbg. ejen tempatan Barat-ZIONIS!

    Yg. ganjilnya keluar pula kenyataan dajal PENIPU dia ni sewaktu baru keluar artikel BERNAS, yg. tersebar meluas kat Barat, mengaitkan MAS kita yg. hilang itu dgn. Soros dan memuji YAB Ayahanda Tun kita!

    Lihat artikel amat BERNAS dr. wartawan Jepun Yoichi Shimatsu, yg. menyambungkan titik-titik penting misteri kehilangan MAS kita ini, termasuk penglibatan si ZIONIS Soros, bukan shj. utk. menjatuhkan Iran tetapi kerana dendamnya yg. lama, pd. YAB Ayahanda Tun kita - di http://www.sovereignindependentuk.co.uk/2014/03/28/latest-posts-role-of-israel-and-soros-exposed-by-mh370-twin-jet-in-tel-aviv-top-10-veterans-stories-in-todays-news-march-26-2014-adl-deceit-sinks-judgeship-t/, Role of Israel and Soros Exposed by MH370 Twin Jet in Tel Aviv, By Yoichi Shimatsu, March 26, 2014!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation)

    BalasPadam
  4. Tanya satu aje. Ape sumbangan dia pada bangsa dia, agama tok sah cakap le. Negara ? Aku ketawa saorangan.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.