Hadi Awang Perlu Pakai Topeng, Syarat Untuk Muncul Di Kaca TV Milik Kerajaan Dan TV3


Ada kata wajar, ada pula kata tidak perlu diberi peluang kepada Presiden PAS, Hadi Awang untuk memberi penjelasan di stesen tv milik kerajaan berhubung isu amanatnya yang menjadi kontrovesi hingga ke hari ini.

Bila sebut sahaja Hadi Awang, semua orang pasti terkenang akan amanatnya yang mana pada satu dahulu telah membawa perpecahan kepada umat Islam di negara ini hingga sekarang kerana fahaman politik yang berbeza.

Biarpun itu kisah 32 tahun dahulu, namun amanat yang pernah diseru Hadi Awang ini kepada penyokong PAS, ia masih lagi dipegang teguh oleh ahli mereka.

Presiden PAS dalam satu kenyataanya, telah meminta jasa baik pihak kerajaan agar memberi peluang kepadanya untuk bersiaran selama 1 jam di setesen tv milik kerajaan dan TV3. Apa pun muslihat di sebalik permintaanya ini, yang pasti ia hanyalah cubaan untuk mempersenda pihak kerajaan.

Sekiranya, Hadi Awang ingin mejelaskan tentang kebenaran amanat yang pernah disampaikan itu, rasanya tidak perlu sampai memohon ke udara di stesen tv milik kerajaan. Cukuplah sekadar memberi penjelasan di media pro pembangkang sendiri. Adakah Hadi Awang juga kurang yakin dengan media pro Pembangkang seperti Harakah, Suara Keadilan atau Malaysiakini?

Bukankah sebelum ini, seluruh kepimpinan PAS yang dikepalai Nik Aziz pernah menyeru kepada pengikutnya agar memboikot Media Perdana milik Kerajaan termasuk juga stesen media swasta seperti Media Prima (TV3) kerana menjadi ejen penyebar fitnah kepada PAS dan PR. Sanggupkah Hadi Awang menampal kulit babi di mukanya semata-mata ingin muncul di kaca TV dengan menjadikan media-media fitnah ini sebagai pilihan?

Diharap pihak kerajaan tidak perlu melayan permintaan Hadi Awang ini. Sekiranya kementerian penerangan yang diketuai Rais Yatim tiada masalah dalam hal ini, fikirlah cara dengan mengenakan syarat-syarat tertentu kepada Hadi Awang sebelum muncul di kaca tv agar tidak dikenakan kembali. Almaklumlah pada Hadi Awang video itu 'besi'.
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. beri je kebebsan pd TUAN GURU ABD HADI AWANG tuk muncul dikaca tv buatan besi tu..sbb TGHH nak menjelaskan kpd pengikut2nya sndiri aka PAS TENTANG AMANAT & AIRMATA MEMALI.kita orng umno ni duduk diam2 je kat dpan tv dgar,pandang,teliti apa yg TGHH nk sampaikan kpd pengikut2 nya.amanat tu dulu2nya pun untuk lembu2 PAS..supaya lembu2 peliharan PAS jauhi org umno..sape yg kena kencing,sape yg meludah kelangit akan kita saksikan di tv....tv 3 jgn lupa mekup muka TGHH bg cun cikit wei....

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.