Bagaimana Cara Untuk Menjana Kesihatan Emosi


Sihat didefinisikan sebagai sihat dari segi fizikal dan mental. Ini bererti sihat merangkumi aspek-aspek kesihatan fizikal, namun juga fikiran serta jiwa. Melalui fikiran yang sihat kita boleh wewujudkan sebuah kehidupan yang berkualiti.

Kita boleh menerima perubahan yang berlaku dalam hidup dengan pandangan yang positif, mewujudkan kemampuan kreatif dalam kerjaya dan menjadikan hidup ini dengan lebih bermakna.

Berikut ada beberapa tip agar kita tetap memiliki dana menjaga fikiran yang sihat.

1. Hidup sihat
Jauhi hal-hal membuat diri anda tua sebelum usia seperti alkohol, merokok, bekerja tak kenal lelah dan berjaga sepanjang malam. Seimbangkan menu makanan anda. Cukupkan masa rehat. Bersenamlah secara teratur untuk fizikal yang cergas dan sihat. Perhatikan jam kerja anda, jangan jual masa kepada kerjaya semata-mata. Uruskanya dengan bijak.

2. Ciptakan hubungan yang harmonis
Hubugan yang sihat selalunya berlandaskan sikap saling memahami, kasih sayang dan saling memaafkan. Percayakah anda bahawa salah satu cara mengatasi stress adalah berhubungan dengan orang-orang yang kita cintai dan sayangi? Ini membuat hidup terasa indah. Dengan ikatan yang harmonis kita berfikiran lebih positif dan bersemangat. Terasa seperti ada alasan untuk hidup.

3. Cuba sesuatu yang baru
Fikiran yang sihat adalah fikiran yang sentiasa aktif dan tidak statik. Untuk menyihatkan fikiran, cambahkan minat untuk mempelajari hal-hal baru dan alami sesuatu  yang belum anda rasai. Cuba hobi berkebun , membaca buku motivasi, tonton filem baru di pawagam, ikuti kelas berenang atau pergi ke tempat yang anda tidak pernah kunjungi. Ini merangsang kereativiti dan minda anda.

4. Jalankan tugas sebaik mungkin
Kejayaan kita menjalankan tugas dengan baik menjadikan hidup lebih bermakna.  Tak kiralah anda sebagai isteri, ibu atau anak di rumah dan sebagai pekerja di pejabat, anda mempunyai tugas. Maka cuba penuhinya dengan bijak dan sehabis baik. Jika gagal sekalipun, kita tahu kita sudah mencuba apa yang termampu.

5. Sedar keterbatasan fikiran
Menyedari bahawa kita tidak boleh menyelesaikan semua masalah sendiri. Dengan menyedari keterbatasan fikiran dan kemampuan, anda tidak begitu kecewa apabila terpaksa melepaskan sesuatu walaupun sukar. Apabila kita pasrah dan redha, kita boleh menerima takdir dengan lenih baik manakala fikiran juga tidak terbeban.

6. Jadi pemaaf
Memaafkan bukan bermakna anda yang bersalah atau pengecut. Memang sukar untuk memaafkan apatah lagi kesalahan itu besar. Tapi maaf bersifat ajaib. Kita akan berasa lega apabila kita memaafkan seseorang. Seolah-olah beban yang berta di bahu hilang begitu sahaja. Sematkan sifat pemaaf kerana kita bukan sahaja dihargai malah emosi kita juga tidak terbelenggu.

Bagaimana emosi anda hari ini..Baik..Jangan lupa LIKE kami di Facebook

7. Ketawa dan berhumor

Kembangkan humor dan ketawa. Kata Thomas Hobbes , life is nasty, brutish and short. jadi kenapa perlu mengongkong ketawa dan sikap humor anda. Ketawalah untuk mengembirakan hati. Pertahankan kesegaran fikiran anda dangan berlawak jenaka bersama orang sekeliling, teman-teman atau ahli keluarga anda.

8. Bersendiri
Dalam hiruk-pikuk kehidupan, kesibukan di tempat kerja dan tanggunjawab di rumah, anda perlu menyendiri. Sesekali bersendirian untuk menenangkan kembali apa yang kusut. Istirehatkan fikiran sepanjang minggu  hanya tertumpu kepada kerjaya atau keluarga. Ketika ini privasi amat perlu untuk memastikan anda menikmati ketenagan dan keheningan hidup.

9. Berdoa
Setiap insan mempunyai kepercayaan masing-masing. Setiap agama juga menganjurkan penganutnya berdoa. Kita berdoa apabila mahukan  sesuatu.  Namun ia juga memberikan kita harapan kepada setiap apa yang kita mahukan. Berdoa sesi meluahkan apa yang kita rasai atau deritai. Dengan berdoa, sekurang-kurangnya minda tidak terlalu terbeban. Membuatkan kita rasa kita masih mempunyai tempat mengadu dan bergantung harap.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.