"Those who vote for BN will lose their job. Must vote for DAP" - SYLVIA (Branch Manager Hong Leong Bank)
SEMPORNA: Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri
Khalid Abu Bakar meminta mana-mana pihak tertentu khususnya majikan
tidak mengugut atau memaksa pekerja mengundi sesebuah parti.
Beliau berkata polis ada menerima maklumat terdapat usaha beberapa
majikan di Johor yang mengugut untuk membuang pekerja yang mengundi
parti tertentu semasa hari pengundian, 5 Mei ini.
Khalid bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian Pingat
Kedaulatan Negara kepada 25 anggota polis berlainan pangkat yang
bertugas menangani insiden kumpulan pengganas Sulu di Semporna Februari
lalu.
Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah yang juga penyandang kerusi Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal di sini, Ahad.
Khalid berkata mereka yang terlibat diminta tampil membuat laporan polis.
Dalam pada itu, beliau enggan mendedahkan bilangan majikan yang melakukan ugutan tersebut.
Beliau berkata proses penamaan calon yang berlangsung pada Sabtu
berjalan lancar dan terkawal di seluruh negara tanpa sebarang insiden
tidak diingini. - BERNAMA
undi kan rahsia, bodoh lah kalau ugut kan, gelakkan je lah dia!
BalasPadamMungkin dia tahu pekerjanya di sana semuanya penyokong BN...klu sokong PR takdanya dia nak ugut macam ni...
Padamkalau dia ugut pun, mcm mana dia nak tahu apa pekerja di akan undi? oklah suruh semua pekerja setuju depan dia untuk undi DAP mintak naik pangkat lepas tu masa buang undi nanti undi lah siapa2 pun, mana dia tahu!!!! kehkehkehkehe, mcm cerita kartun lah plak !!!!!
BalasPadamnamapun kueh...dia tahu ka apa itu DEMOKKRASI yg bapak segala komunis dap laung2kan selama ni?
BalasPadamatau kueh, kroni dap ni hanya tahu DEMOCRAZY????
kutuk camna pun tapi kena terima hakikat. dlm gomen pun ramai penyokong atau pengundi pembangkang. TAPi tak ada pulak diugut akan dipecat ke haper. ni baru manager cawangan ajer. tapi dot dot dot. jadi korang pikir la sendiri k
BalasPadam