Seksa Bila Air Percuma Terpaksa Dicatu Di Selangor

azab-air-selangor

Admin: Rakyat Selangor sekarang ini sedang berdepan dengan krisis air yang kian meruncing sehingga memaksa kerajaan negeri melakukan catuan terhadap keperluan asas manusia terpenting itu sehingga air hujan yang diharap turun dari langit.

Walaupun ramai telah sedia maklum bahawa musim kemarau berlaku hampir setiap tahun di negara ini, disebabkan tiada perancangan rapi dibuat kerajaan negeri untuk berdepan krisis ini menyebabkan rakyat Selangor menanggung akibatnya.

Tapi memang padan lah dengan muka rakyat Selangor yang mejoritinya telah memilih Pakatan Pembangkang untuk terus memengang tampuk pemerintahan negeri apabila sumber air bersih untuk kegunaan harian terpaksa dicatu disebabkan oleh sikap angkuh  pemimpin yang mereka pilih sendiri.

Untuk rekod, kerajaan Persekutuan telah membuat perancangan begitu rapi bagi memastikan masalah kekurangan sumber air mentah di Selangor yang dijangka berlaku pada 2015 dengan rancangan pembukaan loji rawatan air Langat 2 yang mendapat sumber bekalan air dari Pahang.

Namun usaha murni Kerajaan Persekutuan ini telah ditentang habis-habisan kerajaan negeri Selangor yang kononya bimbang kadar tarif air di negeri itu akan naik sekiranya projek loji rawatan air Langat 2 diberi kebenaran untuk beroperasi.

Sekiranya projek loji rawatan air Langat 2 dimulakan mengikut jadual seperti yang dirancang, mungkin masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi rakyat selangor bila tiba musim kemarau tidaklah seteruk seperti hari ini kerana mempunyai rizab simpanan air yang cukup.

Oleh kerana sekarang musim kemarau, suara penyokong Pakatan Pembangkang yang sering memuji-muji pemberian air percuma di Selangor tidak lagi kedengaran di laman-laman sosial. Rasa penulis, mungkin mereka sedang sibuk menyediakan tong-tong kosong untuk diisi air atau sedang terbongkang kepenatan kerana mengangkut air dari perigi.

khalid-kemarau-selangor

Syabas: 71 kawasan terlibat catuan air

KUALA LUMPUR - Pelan catuan bekalan air di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan bermula dari 27 Februari hingga 31 Mac ini, kata Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), V. Subramaniam.

Beliau berkata pelan itu dilaksanakan kerana Loji Rawatan Air (LRA) di Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi masih ditutup akibat pencemaran amonia di Sungai Langat sejak 28 Januari lepas.

"Untuk makluman, pelan itu telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) semalam (24 Februari). Ia melibatkan lebih 60,000 pengguna di 71 kawasan terjejas," katanya pada sidang media khas di ibu pejabat Syabas di sini hari ini.

Menurutnya, air akan diambil dari loji Semenyih, Sungai Labu dan Langat bagi menampung keperluan pengguna berkenaan.

Sehubungan dengan pelaksanaan pelan itu, Syabas menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kononnya syarikat berkenaan tidak menyediakan pelan pengagihan air berjadual dan catuan bekalan air.

Share on Google Plus

About Unknown

6 comments:

  1. Tu yang bangga nak free sangat....air free, paip tak selenggara, loji kurang selenggara akhirnya merana

    Toll free lebuh raya tak selenggara, jalan lubang sana sini, pokok menjalar sana sini jalan sesak, dan dalam bandar merasa la bawak kereta jalan jam teruk macam jogjag..

    PTPTN nak mansuk kurang dana kurang lah yang merasa belajar tinggi...nak belajar kena cemerlang betul mohon biasiswa....biasiswa terhad...kalau keputusan pertengahan buat-buat lah pi kerja kumpul duit...

    perbelanjaan kerajaan semua nak free...5 tahun kerajaan boleh bankrup...tak cukup duit boleh pinjam IMF ke...bank dunia ke....lama-lama kerajaan tak boleh tahan...gaji kakitangan kena potong/tak boleh naik...kena kurangkan jumlah kakitangan yang tak produktif...masa tu kakitangan yang sokong PR mesti gembira...tapi nasi dah jadi bubur...hang pa boleh la lepas...anak-anak, cucu...menyesal tak guna....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah orang Selangor,ini baru betul-betul dapat air percuma,lain kali nak dapat lebuhraya percuma,ptptn percuma dan bermacam-macam lagi percuma dan jangan lupa minta nasihat percuma dari Anwar Ibrahim Al Juburi....

      Padam
  2. Agak-agak kalau pi rumah pemimpin PR boleh dapat barang percuma jugak.....

    BalasPadam
  3. sesekali apalah salahnya bersusah payah sedikit,bertahun dapat air percuma,

    setakat ni rakyat berpuas hati dengan kerajaan pilihanya, penganjur demo yg sering berdemo pun senyap je,

    kalau tengah suka semunya tiada cacat celanya.kalau dah benci semuanya salah belaka.

    BalasPadam
  4. Anon 708,
    haha ayat sedap ati nampak? Bila dah xde air, nilai duit pun xde tau. Nak tgk brp lama ko sanggup susah. Btw isunya xde kena mengena sgt dgn bg air percuma pun. Yg berkait knp kjaan sgor main politik bila federal nak buat projek langat 2. Dulu kemain belagak kata air cukup smp 2019. La ni br 2014 da kena catu. Kalo dulu boleh kerjasama kan x jd masalah ni atau kurang2nya minimakan risiko. Jd rasakan la kjaan pilihan kesukaan ko ni. Aku selaku rakyat selangor yg x undi malaun2 ni pun redha la kena tempias keegoan x bertempat kalid yg kononnya hebat ni.

    jentayu

    BalasPadam
  5. terpakas la berjimat gunakan air nih..

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.