Anwar Diketawakan, Langat 2 Diteruskan

najib-khalid-ketawakan-anwar

Admin: Ego kerajaan negeri Selangor  yang selama ini begitu degil kerana tidak mahu mendengar nasihat ramai pakar bahawa negeri terkaya di semenanjung itu bakal berdepan masalah kekurangan bekalan air mentah pada tahun 2015 akhirnya berjaya ditundukkan dengan termetrainya perjanjian persefahaman (MOU) penstrukturan semula industri air  Selangor di antara kerajaan negeri dan kerajaan persukutuan sekaligus memberi laluan kepada pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang tertangguh sejak sekian lama.

Ini merupakan berita baik dan juga rahmat dari Allah buat rakyat Selangor di sebalik musim kemarau yang melanda. Dengan temetrai perjanjian persefahaman ini juga diharap dapat memberi kelegaan hati ramai pihak setelah sekian lama tersepit akibat permainan politik serta dola-dalik pemimpin Pakatan yang menerajui petadbiran kerajaan negeri.

Disaat rakyat Selangor sedang menzahirkan rasa bersyukur mereka di atas 'perjanjian damai' di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat berkenaan isu air di Selangor, penulis yakin pasti ada pihak lain sedang berduka dan tidak gembira dengan berita ini.

Tindakan 'sabotaj' Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memberi laluan kepada kerajaan pusat meneruskan perlaksanaan projek logi rawatan air Langat 2 sedikit sebanyak telah merencatkan agenda pihak tertentu dalam Pakatan Rakyat yang berharap sangat projek ini digagalkan supaya kerajaan pusat terus dipersalahkan.

Penulis rasa, individu yang paling bengkek sekali dalam isu air ini ialah Anwar Ibrahim. Anwar sudah dapat menghidu segala tindakan Khalid Ibrahim sejak menjadi Menteri Besar telah banyak merugikan Pakatan dari sudut politik. Mungkin dengan sebab inilah Anwar beriya-iya mahu bertanding di Kajang dalam pilihanraya kecil yang akan berlangsung pada bulan Mac depan untuk menggantikan Khalid Ibrahim selaku bendahara negeri.

Bagi siapa yang cukup mengenali Anwar pasti tahu bahawa manusia yang diberi gelaran 'Anugerah Tuhan' ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan cita-cita politiknya tercapai dan tidak mustahil jika perjanjian persefahaman yang baru ditandatangan ini akan cuba digagalkan dengan apa jua cara sekalipun sekiranya Anwar diperkenan Sultan Selangor menjadi Menteri Besar.

Penulis boleh katakan bahawa nasib seluruh rakyat Selangor ditentukan oleh pengundi Dun Kajang. Penulis berharap pengundi Dun Kajang tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan Tun Mahathir dahulu kerana memilih Anwar menjadi orang kepercayaanya. Jangan kerana Anwar seorang habis satu Selangor ditimpa bala!
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Ketegasan TS Khalid mempertahankan tindakan beliau harus dipuji. Beliau tidak tunduk dgn tekanan yg bertubi-tubi dari kerajaan pusat atau melalui syarikat Syabas.

    Akhirnya rakyat Selangor yg beruntung kerana:
    1. TS Khalid berjaya mengekalkan valuation pada rm9.65 bilion berbanding dgn permintaan rm13 bilion.
    2. Dua wakil kerajaan Selangor akan bersama-sama mengawasi perlaksanaan projek Langat 2. Bayangkan jika tiada wakil Selangor. Kos Langat 2 akan mudah dimanipulasi dan akhirnya rakyat Selangor akan membayar tarif air yg tinggi. Tender2 sekarang lebih tranparent.
    3. Kenaikan tarif akan lebih munasabah dari konsesi sebelum ini yg dikatakan lebih dari 30%.
    4. Penstrukturan Syabas akan lebih mudah. Gaji Pengarah2nya yg obscene dari segi moral boleh disesuaikan mengikut market rate dan bukan ikut suka hati CEOnya.
    5. Hak air kembali kepada rakyat selangor.

    Diharap TS Khalid akan menjadikan setiap pemegang meter air sebagai pemegang saham syarikat yg mengambil alih konsesi. (Dengan capitalised deposit air yg dibayar semasa memohan bekalan air).

    BalasPadam
  2. Kpd Esa Adam....itu pun klu Khalid kekal jadi MB

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.