Sudah Masanya Felda Saman Mazlan Aliman, Harakah & Suara Keadilan Sampai Bankrap

Saman jangan tak saman! Alangkah bagus sekiranya notis 14 hari yang dikemukakan Felda terhadap Mazlan Aliman dan media Pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan dapat disingkatkan jangka masanya kerana penulis tidak sabar melihat agen-agen dajal ini dihancurkan.

Penulis yakin, Mazlan Aliman bersama media milik Pembangkang ini tidak akan mengendahkan notis tuntuan yang dihantar Felda kerana mereka tahu pihak kerajaan atau agensinya yang lain tidak pernah serius terhadap tuntutan saman yang dibuat. Apa yang penulis dan peneroka Felda harapkan, selaku Pengurusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad perlu tegas dan berani bertindak dalam isu ini.

Sampai bila harus berlembut, kasi ajarlah sikit! Tunjukan keseriusan pihak Felda dalam menagani segala tohmahan serta fitnah yang dilempar selama ini terhadap organisasi kerajaan yang telah banyak berjasa membantu orang Melayu keluar dari belenggu kemiskinan.

Apa jua tindakan yang mahu diambil oleh Felda untuk memberi pengajaran kepada Pakatan Pembangkang, penulis bersama warga peneroka yang berada di seluruh pelusuk negara tetap akan memberi sokongan padu kepada pihak pengurusan Felda dalam menagani isu ini.

KUALA LUMPUR - Felda menghantar notis tuntutan kepada Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, akhbar Harakah dan Suara Keadilan berikutan didakwa membuat tuduhan yang Felda menjual minyak sawit mentah kepada Israel.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, tuduhan itu tidak benar sama sekali dan berunsur fitnah.

"Malah, ia telah menjatuhkan imej Felda sebagai sebuah konglomerat antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Justeru, beliau berkata, Felda menerusi peguamnya telah mengambil tindakan awal untuk menyaman Mazlan, Harakh dan Suara Keadilan mengenai kenyataan-kenyataan itu, yang turut disiarkan di laman web sosial Facebook Mazlan.

"Notis tuntutan telah dihantar oleh pihak peguam kepada pihak-pihak yang terlibat pada 10 dan 11 Disember," katanya.

Isa berkata, Felda mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis, pengarang, ketua pengarang, penerbit dan pencetak akhbar "Harakah" yang didakwa selaku pihak-pihak bertanggungjawab dalam penyebaran fitnah terhadap Felda.

Tindakan sama turut diambil terhadap PKR yang mengendalikan akhbar Suara Keadilan, katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Felda memberi tempoh 14 hari kepada Mazlan dan kedua-dua akhbar itu untuk memohon maaf, menarik balik kenyataan itu dan menawarkan pampasan yang setimpal kepada Felda di atas tindakan mereka.

"Jika mereka gagal berbuat demikian, Felda akan mengarahkan pihak peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka selepas tamat tempoh 14 hari yang telah diberikan sebelum ini," katanya. - Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

5 comments:

  1. kasi saman mazlan 10 billion, harakah 10 billion, suara keadilan 10 billion.. kalau tak muflis memang kaya sangat2 la tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju..dapat duit tu buat 'durian runtuh' pun bagus...kayo!

      Padam
  2. Siapa yg lantik si mazlan aliman ni jadi presiden anak anak FELDA dan ada kah semua anak anak FELDA seluruh Malaysia setuju dgn lantikan tersebut? Atau adakah mazlan di lantik olih PAS dan HARAKAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lantik diri sendiri bro..aku yg dok felda ni pun tak kenal dia ni dulu anak siapa...tup..tup je jadi presiden anak...persatuan haram plak tu..puiii

      Padam
  3. hendak tahu mazlan aliman anak peneroka ....


    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.