Mulut kata redha dengan apa yang berlaku, tapi dalam hati penuh dengan keluh kesah apabila tiada tawaran berlakon diterima setelah menyertai parti politik.
Inilah namanya artis biar pun mendakwa diri kononya sudah 'insaf' namun sikap hipokrit sebagai artis tak pernah hilang.
Bukankah rezeki Allah berada di mana-mana sahaja. Tak cukup lagikah dengan bayaran yang diterima dengan menjadi penceramah politik? Eh! Dibayar juga kah? Ingatkan ikhlas kerana Allah Ta'ala.
Apa yang penulis rasakan, mungkin Hairie bimbang akan masa depanya sebagai penceramah PAS. Maklumlah pilihanraya bukanya sebulan atau setahun sekali. Jadi, apabila habis pilihanraya, tak ada lah job. Nak sara anak bini dengan apa?
Jangan salahkan pihak lain jika rasa diri seperti di diskriminasi kerana itu adalah pilihan sendiri. Produksi filem atau drama sendiri pun merasa takut jika karya yang dihasilkan tidak laku dan ditonton orang ramai dek kerana meluat dan muak dengan gelagat Hairie yang kerap menghentam kerajaan di pentas ceramah.
PETALING JAYA: Pelakon Hairie Othman merasakan benar-benar
dianaktirikan oleh syarikat produksi di negara ini yang enggan
memberinya peluang berlakon selepas dia menyertai PAS pada 26 Jun lalu.
Hairie atau nama sebenarnya Khairie Othman, 41, berkata dia
bagaimanapun tidak ralat dengan diskriminasi tersebut kerana mahu
memberi tumpuan yang lebih sebagai penceramah untuk parti tersebut.
"Sudah 20 tahun lebih saya berada dalam industri lakonan dan belum
pernah lagi tidak ada tawaran berlakon dalam diri saya. Tetapi selepas
saya masuk PAS, memang jelas saya didiskriminasikan.
"Bukankah kita hidup sebagai negara demokrasi? Jika benar, mengapa orang seperti saya disisihkan?" soalnya yang dihubungi mStar Online di sini petang Khamis.
Baca selanjutnya di MStar
4 comments:
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Cube jadi calon hamPAS dalam PRU-13 ni, untung-untung boleh jadi YB, dapat makan gaji buta selama 5 tahun lagi. Takde la jadi hantu selalu..
BalasPadamTuan Hairi, Bukan penerbit hendak discriminasikan Tuan tapi mereka risau wayang mereka tak laku sebab yang hendak menonton adalah rakyat biasa yang bukan semua suka party Tuan. Orang party Tuan tak tengok wayang. FAHAM, Depa orang berniaga dan pelaburan dalam production supaya dapat untung bukan nak wayang syok2 sendiri saja
BalasPadamTuan Hairi tanya bukan kah kita hidup dalam demokrasi? ye betul kita hidup dalam demokrasi, so what is the problem? Producer pun ada rights juga to decide which actor is marketable in business. You have made your decision so live by it and the producers have theirs as well.
BalasPadamala berlakon lah dlm drama pas, tp xkisah di dikriminasikan sendiri cari pasal pastu kecoh pulak, org invest untuk keuntungan bukan untuk tanggung rugi,
BalasPadam