Takut DAP, Ketua Pengarah ROS Diminta Letak Jawatan

Razin-Abdullah-kp-ros
 
PUTRAJAYA - NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin hari ini mencabar Ketua Pengarah Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Mohammad Razin Abdullah meletak jawatan sekiranya masih gagal menyegerakan siasatan dan menjelaskan status pendaftaran DAP sejak setahun lalu.

Presidennya, Ramesh Rao berkata, pihaknya kesal apabila ROS sehingga kini masih gagal memberikan jawapan tegas dan berdiam diri terhadap parti pembangkang itu.

"Saya mencabar Ketua Pengarah ROS letak jawatan sebab terlalu lama mereka ambil masa untuk menyiasat DAP.

"Mengikut surat ROS pada 6 Disember lalu, DAP tidak sah dan haram, tapi mengapa ROS masih berdiam diri," katanya pada pemberita selepas menemui pihak ROS di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut tindakan ROS pada Disember lalu yang tidak mengiktiraf pemilihan jawatankuasa tertinggi pusat (CEC) dan mengambil tempoh lebih setahun untuk menyiasat salah laku parti tersebut.

Sementara itu, bekas ahli DAP Pulau Pinang, Rahmad Isahak mendakwa integriti ROS telah dipermainkan parti pembangkang itu apabila pengerusinya Karpal Singh meletakkan jawatan pengerusi DAP baru-baru ini.

Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dakwanya jelas memperlekehkan Seksyen 9 (A) dan Seksyen 9 (B) Akta Pertubuhan 1966.

"Sebenarnya apa dilakukan Karpal adalah cuba memperlekehkan kuasa ROS sebab tindakan peletakkan jawatannya tidak membawa sebarang makna selain merendahkan martabat ROS.

"Pada waktu sama bekas pemimpin DAP tidak mahu menghormati undang-undang negara dan meneruskan aktiviti kepartian mereka," dakwanya.

Tambahnya, ROS perlu menyatakan pendirian mereka terhadap DAP sekaligus menimbulkan banyak persoalan selepas mereka menubuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor selepas PRU13 lalu.

"ROS kena faham bahawa DAP adalah kerajaan di Pulau Pinang (19 kerusi) dan sebahagian kerajaan negeri Selangor (15 kerusi).

"Banyak persoalan timbul sekarang tentang apakah status kedudukan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan negeri-negeri lain oleh wakil rakyat mereka," dakwanya.

Menurut bekas Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass pula, tempoh siasatan pendaftaran parti itu sudah mencukupi malah ROS perlu menyatakan pendirian mereka segera.

"Sudah cukup lama kami menunggu keputusan itu lebih setahun dan pertemuan kami dengan ROS mendapat tahu siasatan masih berjalan.

"Adakah DAP tidak beri kerjasama hingga ambil bertahun-tahun buat siasatan itu," katanya.

Beliau juga kesal dengan tindakan Karpal baru-baru ini yang meletakkan jawatan pengerusi parti sedangkan CEC itu sendiri belum diiktiraf ROS.

"Ini adalah satu permainan Karpal, ROS pula mengatakan mereka tiada kena mengena dengan peletakkan jawatan itu.

"Tindakan Karpal memberikan laluan kepada Tan Kok Wai sebagai pemangku pengerusi DAP itu pun tidak boleh dilakukan kerana CEC itu sendiri belum diiktiraf DAP," katanya lagi.
 
Sumber: Sinar Harian

Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. alahai ROS... bagus lu olang kasi potong lu punya anu, kasi anjing makan... kalau parti melayu/bumiputera yg buat hal, dah lama kena...

    BalasPadam
  2. Kalau hakim mengharamkan UMNO lama...cepat2 ROS batalkan pendaftaran UMNO lama. Kalau CEC DAP bermasalah...ROS buat keja LEMBAB...Inikah dilaungkan INTERGRITI..?? DOUBLE STANDARD dan BACUL...

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.