Karpal Terpaksa Bangkit Dari Kerusi Roda Untuk Halang Hudud Di Kelantan

karpal-kerusi-roda

Admin: Penulis cukup mengkagumi keteguhan pendirian serta 'keimanan' peguam bela kes liwat Anwar Ibrahim ini yang tidak pernah berputus asa menghalang hukum Allah iaitu hukum Hudud dari dilaksanakan di Kelantan mahu pun di peringkat Persekutuan.

Karpal dari dulu hingga sekarang sentiasa konsisten dengan pendirianya berhubung isu Hudud berbanding dengan pendirian pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain terutamanya dari PAS yang sering menjadikan isu Hudud ini sebagai modal politik mereka untuk meraih undi apabila tiba musim pilihanraya.

Jika dahulu Mursyidul Am PAS, Nik Aziz pernah menyifatkan di dada Karpal ada bulan kononya peguam OKU itu sudah boleh menerima dan memahami Islam setelah ditarbiyah oleh para pemimpin PAS yang bertaraf ulama dan tok guru. Tapi sekarang, pada pandangan mata hati Menteri Besar Kelantan yang baru, di dada Karpal hanya terdapat bulu yang hidup segan mati pula tak mahu.

Namun hari ini, Karpal terpaksa 'bangun' sekali lagi dari kerusi rodanya apabila Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob mula berani berbincang tentang perlaksanaan hukum Hudud di negeri itu setelah sekian lama tertangguh walau enakmen undang-undang berkenaan hukum Islam ini pernah diluluskan oleh sidang DUN Kelantan tidak lama dulu.

Jangan Biar Kelantan Laksana Hudud - Karpal Singh

Peguam kanan Karpal Singh memberi amaran bahawa Parlimen tidak boleh membiarkan usul yang tidak mengikut undang-undang dikemukakan untuk membolehkan kerajaan Kelantan menguatkuasa hudud.

Beliau mendakwa, Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 itu sendiri diluluskan dengan tidak mengikut undang-undang kerana DUN Kelantan tiada bidang kuasa untuk meluluskan enakmen tersebut.

“(Enakmen tersebut) pada awalnya tidak mengikut undang-undang. DUN tiada bidang kuasa untuk meluluskan enakment tersebut.

“Parlimen tidak boleh menguatkuasa enakmen yang tidak mengikut undang-undang yang diluluskan oleh DUN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, DAP tegas dengan pendirian menentang pelaksanaan hukum hudud dan tidak akan bertolak ansur dengan undang-undang yang menurutnya tidak sesuai dengan zaman ini.

Pendirian tersebut juga menjadi bukti kepada kezahiran DAP, kata bekas pengerusi DAP itu lagi.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang dilaporkan akan mengemukakan usul rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran untuk melaksanakannya.

Sumber: Malaysiakini
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.