Filem Tanda Putera Ditangguhkan Kerana Hendak Menjaga Hati DAP Atau Takut Kalah PRU13

Harapan penulis sekeluarga yang berhasrat ingin menonton filem hebat, Tanda Putera pada 13 September depan nampaknya tinggal harapan apabila sekali lagi ditangguhkan penayanganya.

Ramai yang bertanya kenapa perkara sebegini boleh berlaku sedangkan filem ini sudah lama disiapkan dan sudah bersedia masuk ke panggung.

Penulis merasa sedikit kecewa kerana filem sebagus ini yang menceritakan tentang latar belakang sejarah tanah air disekat dari ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia yang begitu teruja ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku di sebalik peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Nampaknya ada pihak mula panas punggung apabila filem ini akan ditanyangkan kepada umum. Bak kata pepatah, siapa makan cili, dia lah yang terasa pedasnya.

Apa yang lebih dikesalkan, ada segelintir orang Melayu sendiri menentang filem sejarah tanah air ini dari ditayangkan. Mereka menganggap filem Tanda Putera ini adalah sebuah filem berbaur perkauman.

Mereka beranggapan sedemikian bukan kerana filem tersebut terdapat unsur perkauman, tetapi lebih kepada hendak menjaga hati pihak tertentu yang mana pada satu masa dahulu 'pihak' inilah paling kuat melaungkan slogan 'Malai Si' yang membawa maksud 'Mati Melayu' sambil membawa penyapu dan berarak di sekitar ibunegara, Kuala Lumpur pada waktu itu....

Filem Tanda Putera arahan pengarah wanita disegani, Datin Paduka Shuhaimi Baba, yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, telah ditangguhkan tayangan sehingga satu tarikh diberitahu kelak.

Sebelum ini, filem itu dijadualkan bakal menemui penonton 13 September ini.Beliau yang turut dikenali sebagai Shumi sebelum ini berkata, “sejujurnya, saya dan barisan pelakon tidak sabar menanti tayangan filem ini pada 13 September sempena mood hari merdeka dan Hari Malaysia.”

“Walaupun kecewa, saya tiada bantahan dan percaya Finas mempunyai tarikh yang lebih sesuai,” katanya.
 
Seperti dijelaskan Ketua Pengarah Finas, Mohd Naquib Razak, pihaknya terpaksa menunda tayangan Tanda Putera kerana mahu beri lebih ruang promosi bagi filem sangat berharga ini.

Biarpun sedikit terkilan, pengarah tersohor itu yakin dengan percaturan Finas yang membuat keputusan untuk tidak menayangkan Tanda Putera pada tarikh asal.

Filem itu berkisarkan politik negara tentang Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa 13 Mei 1969.

Filem yang dibintangi aktor Zizan Nin, Rusdi Ramli dan Faezah Elai itu juga rata-rata mendapat pujian daripada pihak media ketika diadakan majlis pratontonnya baru-baru ini.

Ura-ura mengatakan filem ini ditangguhkan tayangannya adalah disebabkan daripada bahang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang bakal tiba tetapi Shumi lantas menafikan khabar angin itu.

Sumber: KL Today
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.