Kasihan apabila dapat tahu dirinya di rompak. Tapi apa boleh buat, nak tolong pun susah, sebab jauh sangat.
Tak kuasa i....
Athens: Percutian di Greece yang sepatutnya menyeronokkan menjadi sebaliknya bagi pelakon jelita Bollywood, Sushmita Sen, apabila menjadi mangsa rompakan di lapangan terbang ibu kota negara itu baru-baru ini.
Laporan akhbar menyatakan, lebih menyedihkan apabila Sen cuma tinggal sehelai sepinggang dalam rompakan pada siang hari itu.
Segala-galanya berlaku dalam masa cuma lapan hingga 10 saat apabila bagasi dibawanya lesap.
Menceritakan kejadian itu, Sen berkata: “Saya amat terkejut. Untuk seketika, saya tidak tahu apa hendak dilakukan. Saya kembali dapat berfikir selepas beberapa lama dan menelefon pejabat, meminta mereka hubungi rakan saya, Farah Khan Ali.
“Farah mempunyai rakan di Greece. Dia memang seorang rakan yang baik. Farah terus membantu. Dia hubungi rakannya di Athens, yang terus ke lapangan terbang untuk menemui saya.
“Selepas membuat laporan polis, saya diberi pasport, dan dapat kembali semula ke India. Konsulat India juga amat membantu.”
Pejabat pelakon itu membayar bil penginapan dan perbelanjaan beliau di sana. Seorang rakan pelakon itu berkata, Sen kehilangan telefon bimbit, iPad dan kad kredit. Semua itu berada dalam beg tangannya yang diletak di dalam troli.
Selain troli yang mengandungi semua pakaian dan barang lain, Sen juga kehilangan beg tangan yang mengandungi pasport dan visa 10 tahun ke Amerika Syarikat dan Britain.
Pegawai pejabat Sen berkata: “Rompakan seumpama itu kerap berlaku di lapangan terbang Athens dan didalangi sindiket mafia. Apa yang pelik mengenai lapangan terbang Athens ialah susun aturnya.” - Agensi
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.