Kawasan Catuan Air Di Selangor Diperluas

khalid-catu-air-selangor
 
CYBERJAYA -  Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) akan meneruskan pelan catuan air yang diperkenalkan sebelum ini dengan penambahan satu lagi pelan (Peringkat Keempat) yang akan berkuatkuasa 4 April ini.

Pengerusi Span, Datuk Ismail Kasim berkata, pelan catuan peringkat keempat ini akan melibatkan 6.7 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya secara keseluruhan.

"Mesyuarat di antara Span, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kerajaan negeri Selangor, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan semua operator telah diadakan pada 28 Mac 2014 dan bersetuju Pengagihan Air Berjadual Peringkat Keempat dilaksanakan mulai 4 April 2014 di mana pengagihan air berjadual diperluaskan ke kawasan-kawasan lain.

"Secara keseluruhan sebanyak sembilan wilayah yang terlibat dan pelan peringkat keempat melibatkan tambahan 620,237 pintu rumah menjadikan jumlah besar 1,340,231 pintu rumah atau 6.7 juta orang," katanya pada sidang media bangunan Ibu Pejabat SPAN di sini, Selasa.

Ismail berkata, pelan catuan peringkat keempat akan menerima kaedah pengagihan yang sama dengan pelan sebelum ini iaitu menerima bekalan air selama dua hari dan diikuti dengan dua hari catuan.

Sembilan wilayah yang terlibat ialah Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Lumpur,Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Tegasnya, pelan catuan peringkat keempat ini terpaksa diperkenalkan disebabkan paras air di empangan-empangan masih rendah dan semakin merosot.

Katanya, walaupun terdapat hujan di Lembah Klang sejak 16 Mac lalu, kadar hujan di kawasan-kawasan tadahan empangan adalah rendah.

Ismail memberi contoh beberapa empangan khususnya Empangan Sungai Selangor yang mengalami pengurangan kadar hujan ketara pada tahun ini.

"Sebagai empangan bekalan air yang terbesar di Selangor, Empangan Sungai Selangor menerima hujan yang sedikit sejak dua bulan lalu berbandung tempoh sama pada tahun-tahun lepas," katanya.

Pada tahun 2012 jumlah hujan bulanan pada Januari, Februari dan Mac masing-masing 106, 217 dan 199 manakala pada 2013 ialah 96, 149 dan 107 dalam tiga bulan yang sama.

"Pada 2014, empangan yang sama hanya menerima jumlah hujan bulanan sebanyak 102 pada Januari, 2 pada Februari dan 54 pada Mac.

Sumber: Mstar
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.