Arkitek 'Stadium Runtuh' Persoal Kos Baik Pulih Stadium Terenggananu

Raja-Kamarul-Bahrin-stadium-runtuh
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah menganggap kontroversi berhubung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) belum berakhir sebaliknya masih banyak persoalan perlu dijawab.

Antara yang diajukan beliau adalah mengenai peruntukan membaik pulih stadium terbabit yang menelan belanja sekurang-kurangnya RM100 juta, yang dianggapnya sebagai terlalu tinggi hingga kos tersebut boleh membina stadium yang baru.

"Pada 11 Februari 2014, kerajaan Negeri Terengganu menganggarkan sekurang-kurangnya RM100 juta diperlukan bagi membaik pulih sepenuhnya Stadium Sultan Mizan.

"Tapi yang saya persoalkan kenapa kos asal kedua dan bumbung yang runtuh berharga hanya RM34 juta tetapi harga membaik pulih akan memerlukan sekurang-kurangnya RM100 juta?

"Bagi saya dengan kos sedemikian, sebuah stadium baharu boleh dibina," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Justeru beliau mendesak kerajaan negeri memberitahu perkara sebenar sehingga menyebabkan kos baik pulih itu meningkat berkali ganda.

"Namun sehingga hari ini masuk tiga minggu masih tiada balasan atau maklum balas dari kerajaan negeri.

"Adakah RM100 juta itu termasuk kos mengganti barang-barang elektrik, generator, lampu, peralatan dalaman lain yang telah dicuri pernah dilaporkan media sebelum ini dianggarkan kerugian RM40 juta dan membaiki padang bola dan trek larian?" soalnya.

Tambahnya, kontroversi runtuhan itu dilihat sebagai perbelanjaan yang tidak cermat dilakukan kerajaan, membenarkan pembaziran dalam masa kerajaan meminta rakyat berjimat.

Sumber: Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.