OSLO: Kapal pengangkut kenderaan milik Norway, Hoegh St Petersburg, tiba di kawasan di selatan Lautan Hindi di mana dua objek terapung yang disyaki serpihan pesawat MH370 yang hilang, dikesan satelit.
Kapal itu dalam perjalanan dari Madagascar ke Melbourne apabila ia diminta pihak berkuasa Australia untuk membantu menyiasat objek berkenaan yang dikesan satelit empat hari lalu di kawasan antara yang terpencil di dunia, iaitu kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth.

"Kami menerima permintaan daripada pihak berkuasa Australia untuk mencari di kawasan itu dan kami akan membantu selagi diperlukan," kata jurucakap Hoegh Autoliners, Kristian Olsen.
Persatuan Perkapalan Norway memberitahu Reuters bahawa kapal berkenaan adalah yang pertama tiba di kawasan itu pada 0800 GMT (4 petang waktu Malaysia). - Reuters
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.