PKR Mula Takut Dengan Bayang-Bayang Sendiri Di Kajang

pkr-takut-bayang-sendiri

Admin: Bagai takut dengan bayang-banyang sendiri. Itulah perumpamaan yang sesuai bagi mengambarkan keadaan PKR di Kajang sekarang yang kini mula bimbang tidak tentu pasal apabila hari pengundian sudah semakin tiba.

Pelbagai isu dan dakwaan cuba direka PKR untuk meraih simpati penduduk Kajang agar mengundi parti milik anak beranak Anwar Ibrahim itu buat kali kedua. Dari isu warga Myanmar mendarat di KTM Kajang, isu telefon bimbit pemimpin digodam dan bilangan pengundi awal bertambah, kini isu penyalahgunaan kad pengenalan pula timbul.

Bagi siapa yang bijak dan akalnya masih belum 'diliwat' oleh mana-mana pemimpin Pakatan pasti dapat memahami dengan jelas setiap isu yang dibangkitkan PKR di sepanjang tempoh masa mereka berkempen. Tujuan atau motif PKR membangkitkan isu karut marut ini semata-mata untuk menutup keresahan di hati mereka apabila melihat gelagat pengundi Dun Kajang hari ini tidak lagi sama macam dahulu.

PKR kini sedang mengalami krisis keyakinan di kalangan pemimpin dan jentera pilihanrayanya di Kajang. Kali ini mereka tidak yakin boleh menang bergaya kerana sentimen rakyat sudah berubah dek kerana tindak tanduk pemimpin Pakatan di Selangor terutamanya di Kajang yang mula lupa daratan sejak diberi peluang memegang kuasa.

Jika berada di Kajang, boleh dilihat hampir setiap hari sepanjang waktu berkempen, jentera pilihanraya PKR dikerah ke sana dan ke mari meraih undi hingga ke pintu rumah semata-mata untuk memenangkan calon mereka yang mana suami kepada Presiden PKR ini adalah seorang penjenayah seksual yang telah dibuktikan bersalah oleh mahkamah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya sendiri.

Pasti ada yang tertanya-tanya, kenapa jentera pilihanraya PKR perlu bekerja keras sedangkan sebelum ini mereka cukup yakin bahawa kemenangan sudah berada dalam gengaman? Sebenarnya PKR sudah menang di Kajang pada PRU13 yang lalu, oleh kerana kegilaan Anwar Ibrahim mahu menjadi Menteri Besar Selangor, rakyat pula terpaksa menanggung akibatnya disaat kos sara hidup semakin meningkat terutamanya yang tinggal di kawasan bandar. Sampai bila agaknya kerajaan Pakatan Selangor akan mula buat kerja dan berhenti main politik. Bosan!

PKR bimbang IC disalahgunakan

KAJANG - Berbaki dua hari  tempoh  berkempen, PKR hari ini menyatakan kerisauan apabila mendakwa ada pihak tertentu cuba menyalahgunakan kad pengenalan pada Pilihan Raya Kecil (PRK)  Dun Kajang, Ahad ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Law Choo Kiang mendakwa timbul selepas beliau mendapat aduan daripada seorang 'makcik' yang mengatakan kad pengenalannya telah dibuat salinan dan nombornya direkodkan oleh seorang individu.

"Semalam kami ceramah di Taman Sepakat Indah ada seorang makcik mengadu kepada kami (perkara itu) tapi taktik ini sudah diketahui," dakwanya pada sidang media.

Choo Kiang menambah, taktik tersebut dikhuatiri bertujuan mempengaruhi keputusan parti tertentu Ahad ini.

"Ia OK kalau dalam kempen tapi saya nak beri amaran, ini berisiko tinggi. Ia dilakukan dalam program, acara makan malam, ceramah, cabutan bertuah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, taktik itu juga boleh dijadikan untuk menambah ahli hantu dalam sesebuah parti.

Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

3 comments:

  1. Bodoh punya PKR . dah dpt kerusi letak jawatan. Skrg takut kalah pulak.

    BalasPadam
  2. Walau pun saya penyokong BN , berdasarkan sentimen dan pengalaman dalam pru yang lepas , PR masih boleh menang kerana kaum cina PASTI memberikan undi mereka bukan kerana suka kepada calun PKR yang melayu tetapi tidak lebih untuk memasti momentum gerakan megambil alih pentadbiran kerajaan pusat kekal dalam setiap langkah dan gerakan .

    Siapa kah pengundi mereka , kita tidak boleh menidakkan semangat dong zhong yang setiap saat meletakkan kepentingan kaum cina dalam apa juga keadaan. Walau pun ada kaum cina menjadi ahli mca , gerakan atau ppp yang pasti bukan ahli umno, sentimen memperjuang agenda cina untuk cina telah disemat dalam otak dan fikiran mereka sejak mula memasukki sekolah khas untuk cina lagi. Ini juga merupakan kegagalan pemerintah dari zaman awal lagi untuk mempertahan dan melaksanakan 'kontrak sosial' sepenuhnya.
    yang seharusnya menekankan mempertabatkan bahasa kebangsaan melalui pelajaran.

    Sayang sekali , cina tetap cina.. diberikan betis sekarang mahu peha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah bagi peha nak bontot plak

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.