Apa Istimewanya Kaum Cina Di Malaysia Berbanding Kaum Lain?

polis-wanita-malaysia

Admin: Memilih kerjaya sebagai anggota polis bukanlah satu pekerjaan yang cikai dan dipandang lekeh pada waktu ini memandangkan gaji sorang anggota polis  berpangkat rendah sahaja boleh mencecah RM3000 sebulan termasuk elaun.

Banyak pihak tidak bersetuju dengan tindakan PDRM melonggarkan syarat untuk menjadi anggota Polis kepada kaum Cina semata-mata untuk menarik minat mereka. Apabila kelonggaran ini diberikan kepada kaum tertentu ia dilihat sebagai tindakan yang tidak adil dan boleh merendahkan martabat kerjaya kepolisan itu sendiri.

Sekiranya gaji anggota Polis dinaikkan atau kelayakkan untuk menyertai badan beruniform itu diturunkan serendah-rendahnya kerana mahu menurut kehendak kaum ini, penulis yakin kaum Cina melalui anak mudanya tetap tidak berminat menjadi anggota Polis atas sebab tertentu.

Menjadi sebahagian dari pasukan keselamatan negara seperti polis dan tentera bukan hanya boleh didorong dengan tangga gaji yang tinggi atau kelayakkan paling minima, tapi ia perlu datang dengan semangat dan minat yang mendalam serta kerelaan hati untuk menjaga keamanan negara.

Sebab itu kita dapat lihat dalam lakonan drama tv atau pun kehidupan sebenar terdapat 'polis baik' dan 'polis jahat'. Akibat inilah yang akan ditanggung masyarakat sekiranya orang tidak berkelayakkan dipilih dan diberi tanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Galak Penyertaan Kaum Cina: PDRM Longgar Syarat

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini melonggarkan beberapa syarat pengambilan selain mengkaji aspek penambahbaikan perkhidmatan bagi menarik penyertaan lebih ramai kaum Cina dalam pasukan keselamatan itu.

Bermula tahun ini, PDRM menyasarkan penyertaan kira-kira 5,000 pegawai berpangkat rendah dari kaum itu, secara berperingkat.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata PDRM juga berkemungkinan mengkaji semula aspek gaji, peluang kenaikan pangkat dan sebagainya bagi menarik penyertaan kaum itu.

“Kita sasar penyertaan kira-kira 5,000 kaum Cina secara berperingkat sebab kita perlu melihat tentang kapasiti dan juga keperluan kita dalam memberikan latihan-latihan kursus dan latihan asas,” katanya kepada pemberita selepas tamat Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 2/2013 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini, hari ini.

Beliau berkata bilangan kaum Cina berkhidmat dalam PDRM ketika ini hanya 1.87 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja PDRM.

Mohd Bakri berkata pihaknya juga telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menarik penyertaan kaum Cina, yang akan menjalankan program penerangan mengenai kerjaya dalam PDRM kepada kaum itu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan) Bukit Aman ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata sesi pertama pengambilan konstabel baharu tahun ini akan dibuka mulai Isnin ini.

Katanya, kelonggaran syarat bagi kaum Cina adalah hanya perlu lulus Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus keputusan V/6/9 dalam ujian penglihatan mata atau dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.

“Syarat kemasukan sebelum ini buat kaum Cina iaitu perlu kepujian Bahasa Malaysia…jadi kita mempertimbangkan keadaan (kelonggaran) ini khas untuk kaum Cina,” katanya dalam sesi wawancara Eksesais Pengambilan Khas Jawatan Konstabel bagi Mengalakkan Penyertaan Kaum Cina dalam Kerjaya PDRM Tahun 2014, di sini.

Menurut Saiful, kelonggaran itu harus dibuat kerana nisbah keanggotaan PDRM ketika ini tidak seimbang antara kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain.

“Berdasarkan statistik sehingga 31 Disember tahun lepas, keanggotaan didominasi oleh kaum Melayu dengan sejumlah 90,156 orang, India (3,659), Cina (1,974) dan selebihnya lain-lain kaum,” katanya.

Beliau berkata kekurangan kaum Cina dalam PDRM didorong beberapa sebab antaranya gaji dianggap masih rendah dan ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka menyertai PDRM.

“Diikutkan kajian, ramai daripada mereka tidak tahu gaji konstabel kini boleh mencecah RM3,000 sebulan termasuk semua elaun,” katanya.

Bagi pengambilan bermula Isnin ini, borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web PDRM di www.rmp.gov.my dan borang yang telah lengkap diisi dihantar ke balai-balai polis berdekatan atau ke Unit Perjawatan Pengambilan di Bukit Aman.
BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Apa Melayu tak layak dpt gaji tinggi ke..?!
    Kalau duit aje..Cina..
    Kempen politik ada roubd table pun sebab Ciina..!
    Apasal semua kerana Cina..?!

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.