Penumpang Pesawat MH370 Disahkan 'Bersih' Kecuali?

mh370-anwar-zaharie

Admin: Kecuali Anwar Ibrahim yang didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu pribadinya sendiri.
 
SEPANG - Semua penumpang yang menaiki pesawat MH370 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China pada 8 Mac lalu disahkan 'bersih' serta tidak mempunyai latar belakang yang meragukan.

Bagaimanapun, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pengesahan bagi rakyat dari Ukraine dan Rusia yang turut berada dalam pesawat tersebut belum diperoleh.

"Kita telah berkongsi maklumat dengan semua agensi siasatan antarabangsa, kita juga telah menerima maklumat latar belakang semua penumpang yang diperiksa dari seluruh negara yang mempunyai rakyatnya dalam pesawat itu melainkan Rusia dan Ukraine.

"Sehingga kini tiada maklumat yang meragukan mengenai latar belakang para penumpang terlibat," katanya dalam sidang akhbar bersama di Pusat Media Hotel Sama-Sama di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.

Pada awal pagi 8 Mac lalu, pesawat MH370 terputus hubungan dengan radar di Laut China Selatan selepas transponder pesawat dimatikan.

Pesawat itu membawa sebanyak 227 penumpang dan 12 krew termasuk seorang dari Rusia dan dua rakyat Ukraine.

Menyentuh mengenai siasatan pihak polis, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, kes kehilangan pesawat berkenaan masih disiasat oleh polis di bawah Seksyen 130C Kanun Keseksaan.

Katanya, semua penumpang, krew dan pekerja yang mengendalikan pesawat tersebut di lapangan terbang turut disiasat di bawah seksyen yang sama.

Mengulas mengenai siasatan terhadap sistem simulasi penerbangan milik juruterbang pesawat tersebut, Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil oleh polis Ahad lalu, beliau berkata, polis telah meminta pakar tempatan dan antarabangsa meneliti simulator itu.

Katanya, berdasarkan siasatan awal terdapat data pada simulator itu yang telah dipadamkan dan memerlukan pakar forensik untuk mengesannya semula.

"Sehubungan itu, saya ingin menegaskan bahawa semua penumpang, krew dan pekerja yang mengendalikan pesawat ini tidak bersalah hingga dibuktikan sebaliknya.

"Demi menjaga perasaan ahli keluarga yang terlibat saya minta semua pihak tidak menyebarkan spekulasi yang boleh menambah keperitan mereka," katanya.

Sumber
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.