PRK Kajang: Nurul Izzah Binti Anwar Bukan 'Haramjadah'

kajang-nurul-haramjadah

Kempen PRK Dun Kajang  kini sudah masuk ke level terakhir. Calon yang bertanding mewakili parti masing-masing juga sekarang ini sedang sibuk berkempen dan berusaha meraih sokongan  dari penduduk Kajang seramai yang mungkin sebelum tiba hari pengundian.

Dalam keghairahan calon-calon parti politik bertanding ini cuba meraih undi disaat akhir, telah berlaku dua kejadian yang memalukan menimpa  calon PKR yang terkenal dengan gelaran pelakon 'air mata buaya' iaitu Wan Azizah bersama anak sulunganya. Kedua anak beranak ini telah dihalau dan dimalukan oleh rakyat marhaen yang ditemui ketika sedanh ghairah berkempen.

Menurut tulisan beberapa buah blog pro Kerajaan, Wan Azizah dihalau oleh pemilik gerai makanan Melayu kerana geram dengan sikap bekas ahli parlimen Permatang Pauh tersebut yang hanya bermulut manis semasa meraih undi tapi buat tak peduli setelah diundi.

Pemilik gerai makanan tersebut juga memberi tahu dirinya berasal dari Pulau Pinang dan pernah berniaga di Bandar PERDA dalam kawasan parlimen Permatang Pauh, namun terpaksa merempat di Kajang demi mencari rezeki setelah dihalau keluar tanpa sebarang pembelaan dari wakil rakyat pada masa itu. Mungkin sebab inilah pemilik gerai begitu marah dengan Wan Azizah.

Tak ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi. Nasib malang yang menimpa Wan Azizah turut diwarisi anak sulungnya, Nurul Izzah. Ketika sedang berkempen di Taman Mesra Kajang, anak perumpuan Anwar Ibrahim itu telah diherdik dengan panggilan 'Haramjadah' dari seorang makcik yang kecewa dengan sikap wakil rakyat Pakatan Rakyat yang tidak datang membela nasib peniaga Melayu di kawasan itu apabila pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)  merobohkan gerai milik mereka tanpa belas kasihan.

Walau tempoh perobohan gerai-gerai Melayu di Taman Mesra sudah lama berlalu. Namun ia tetap kekal dalam ingatan malah kesan aktiviti meroboh gerai milik orang Melayu itu juga masih dapat dilihat dengan ketara hingga ke hari ini. Manakala kedai-kedai Cina yang juga berstatus haram di tepi jalan menganggangu lalu laintas, dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil oleh petugas MPKJ.

Jika dahulu, ke mana sahaja Wan Azizah dan anaknya pergi tidak kira ceruk kampung mana sekalipun anak beranak ini masuk pasti mendapat sambutan yang baik dari masyarakat setempat atau orang perseorangan yang dikunjungi. Tapi sekarang tidak lagi, rakyat sudah muak dengan lakonan serta sikap munafik pemimpin PR yang sering menggunakan golongan marhaen sebagai alat pemuas nafsu politik masing-masing.

Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Kajang Pak Malau Kajang bertempat Kajang Melayu Kajang metempat (Di negara sendiri) Melayu Malaysia bakal menerima nasib saperti Melayu Singapura!!

    Meleyu... Melayu... Bila nak berhenti jadi bahlol ???


    Berhenti lah bermusuhan sesama sendiri teguhkan lah Bangsa Melayu dan Agama Islam!!!

    Inilah akibat kebijaksanaan Najib buang ISA!! Bangsa Cina Kominis/Keling Pariah/Benggali Baruah DAP dan Melayu PAS/PKR Bongok ambil kesempatan!!!

    Pesawat pon kena kebas!!!!

    Kenapa?? Sebab dah tak ada yg di takutkan lagi!!!

    TUN M JUGAK YANG PALING BIJAK DAN PALING BERKEBOLEHAN !!!

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.