Simbol Seks Bollywood, Mallika Sherawat Sedang Menuju Zaman Kejatuhan


Mumbai: Kerjaya pelakon yang dilabel simbol seks Bollywood, Mallika Sherawat, semakin menjunam dan pengumuman mengenai program temu janji realiti aktres itu baru-baru ini sekadar menjelaskan beliau semakin menuju ke zaman kejatuhan.

Ramai tertanya-tanya apa yang hendak dipaparkan Mallika dalam rancangan televisyen itu, selain mahu mencari pasangan yang berpendapatan sekurang-kurangnya 100,000 rupee (RM5,475) sebulan.
 
Ketika membuat kemunculan pertama di layar perak menerusi filem Khwahish dan melakonkan adegan bercium sebanyak 17 kali, industri perfileman Bollywood dan masyarakat mula menyedari kehadirannya.

Sudah sedekad sejak itu dan kerjaya Mallika berdepan pelbagai masalah profesional.

Walaupun filem pertamanya membawa Mallika ke dalam industri perfileman Bollywood, filem Murder berjaya meningkatkan popularitinya. Namun, segalanya semakin berubah sekarang, kata sumber industri perfileman Bollywood.

Sambutan hebat

Filem lakonan Mallika dan Emraan Hashmi itu mendapat sambutan hebat dan aktres itu segera menjadi kesayangan media.

Selain itu, beliau turut memburu cita-cita melebar sayap ke peringkat antarabangsa dengan menandatangani filem The Myth yang dilakonkan bersama aktor Jackie Chan. Filem itu ditayangkan di Cannes dan Mallika cuma membuat penampilan singkat.

Bagaimanapun, disebabkan kemahiran berlakon yang terhad berbanding kontroversi yang dicetuskannya, aktres berusia 36 tahun itu terpaksa terus bersaing dengan pelakon lebih muda.

Seiring masa, filem yang menawarkan beliau sebagai watak utama semakin berkurangan sebaliknya Mallika cuma membuat penampilan istimewa.

Malah, tiada satu pun filem lakonannya pada 2009 dan diikuti cuma satu filem, Hisss, setahun kemudian. Berbanding kerjaya lakonan, Mallika lebih dikenali dengan hubungan cinta dan gambar yang dirakam bersama personaliti terkenal Amerika Syarikat.

Pilihan terdesak

Mungkin tingkah laku yang tidak menyebelahi Mallika atau mungkin keinginan tinggi ke Barat tanpa kelayakan mencukupi membawa padah kepadanya.

Filem Kismat Love Paisa Dilli, yang turut dilakonkan bersama aktor Vivek Oberoi, dikatakan sebagai pilihan terdesak aktres itu.  AGENSI
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.