Venezuela Berdepan Masalah kehabisan Tisu Tandas

tisu-tandas-habis
Caracas: Bermula dengan kekurangan susu, mentega, kopi dan serbuk jagung, kini Venezuela berdepan masalah kehabisan bahan kebersihan paling asas iaitu tisu tandas.

Kerajaan yang menyalahkan pembangkang politik di atas kekurangan itu dan bahan lain, berkata ia akan mengimport 50 juta gulung tisu tandas untuk memenuhi permintaan.
Pengguna juga kelihatan tidak selesa dalam usaha mereka mencari tisu tandas.Ini gulung terakhir. Saya berusia 71 tahun dan kali pertama saya menyaksikan keadaan ini, kata peniaga, Manuel Fagundes.

Pengguna serbu pasar raya

Sebuah pasar raya di ibu kota Venezuela itu turut kehabisan tisu tandas. Pasar raya lain baru menerima bekalan dan segera diserbu pengguna apabila sampai ke pengetahuan mereka.

Saya sudah mencari tisu tandas selama dua minggu. Saya diberitahu ia ada di sini dan saya berbaris untuk mendapatkannya, kata Cristina Ramos.

Pakar ekonomi berkata, kekurangan tisu tandas di Venezuela berpunca daripada kawalan harga yang bertujuan menjadikan barangan asas dapat dinikmati oleh golongan termiskin dan kawalan kerajaan ke atas mata wang asing.

Harga yang dikawal kerajaan iaitu harga ditetapkan di bawah harga pasaran selalu menyebabkan kekurangan. Masalah itu cuma akan bertambah buruk seperti yang pernah berlaku bertahun-tahun di Kesatuan Soviet, kata profesor ekonomi di Universiti John Hopkins, Steve Hanke.

Presiden Nicols Maduro, yang dipilih oleh mendiang Hugo Chvez untuk meneruskan Revolusi Bolivarian, mendakwa puak antikerajaan, termasuk sektor persendirian, menjadi punca kekurangan itu dalam usaha mereka mengkucar kacirkan negara. AGENSI
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.