PAS Hanya Dapat Empat Kerusi Exco Selangor?

dun_selangor-pas
PELABUHAN KLANG: Barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) akan diwakili empat calon daripada PAS dan masing-masing tiga daripada PKR dan DAP, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Memaklumkan akan mengguna pakai formula 3:3:4 (PKR: DAP: PAS), beliau sekaligus mengesahkan cakap-cakap akan berlaku perubahan dalam agihan perwakilan dalam barisan exco berikutan penguasaan PAS dan DAP yang masing-masing dengan 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 14 kerusi oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

Pada PRU 2008, PKR yang menang 15 kerusi DUN, DAP (13 kerusi) dan PAS (lapan kerusi) menggunakan formula 4:3:3 bagi barisan exco iaitu empat daripada PKR dan masing-masing tiga daripada DAP dan PAS.

Abdul Khalid berkata senarai nama calon bagi mengisi barisan Exco telah diserahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat lepas termasuk senarai calon alternatif.

"Saya telah berikan senarai kepada baginda termasuklah beberapa nama alternatif bagi memberi peluang kepada baginda untuk melihat dan membuat pilihan. Jika ada sebarang perubahan baginda akan memanggil saya untuk diadakan perbincangan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran DUN Pelabuhan Klang di Pandamaran di sini Sabtu malam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang berkata upacara mengangkat sumpah exco kerajaan negeri akan diadakan dalam tempoh dua minggu lagi.

Mengenai calon PKR yang bakal menganggotai barisan exco serta sama ada Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali dan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut tersenarai, Abdul Khalid berkata perkara itu tidak akan diumumkan sehinggalah hari upacara mengangkat sumpah.

Ketika diminta mengulas tindakan DAP yang menamakan dua Adunnya iaitu bekas Speaker yang juga Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim dan Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah untuk mengisi kuota Exco, beliau berkata: "Itu cadangan mereka dan nama yang diterima akan diumumkan sebelum angkat sumpah pada minggu kedua."

Abdul Khalid yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar bagi penggal kedua pada 14 Mei lepas, berangkat ke luar negara hari ini bagi mendapatkan rawatan susulan ekoran kesihatannya yang terjejas sebelum PRU-13 dan beliau dijadual pulang Jumaat ini. BERNAMA
Share on Google Plus

About Jering Daily

4 comments:

  1. PAS lembu..

    BalasPadam
  2. Sepatutnya PAS dapat MB tapi apakan daya..hanya mampu tengok saja walaupun siang malam, pagi dan petang membicarakan HUDUD dan perundangan Islam MESTI ditegakkan!
    Sebaik2nya PAS dapat 6:2:2 EXCO sbb dah serah kerusi MB kpd PKR. PAS patut dapat jd EXCO yg jaga PBT supaya senang nak BENTERAS Pusat2 Urut ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa nak buat..selagi PAS berada dalam PR, nasibnya tetap akak kekal begitu sampai bila-bila..

      Padam
    2. Kita lihat apakah 'skrip' PAS selepas baru2 ini PKR berang sbb agihan kerusi EXCO PKR:4, PAS:3, DAP:3..

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.