Sejak bebrapa hari ini, penyokong Pembangkang begitu gembira apabila mendengar khabar berita tentang saham FGV mengalami penurunan. Bagi penulis situasi ini adalah perkara biasa bagi mereka yang faham dalam permainan saham.
Peneroka Felda tak perlu panik dengan berita penurunan saham FGV ini kerana ianya adalah bersifat sementra selain saham ini dijamin oleh Kerajaan. Selagi KWSP dan PNB menjadi pemegang saham terbesar dalam FGVH, pergerakan turun naik saham sentiasa berada dalam keadaan terkawal melainkan kedua-dua entiti besar yang menjadi pemegang saham utama mengalami kebankraban.
Selagi KWSP dan PNB tidak bankrap selagi itulah nasib pemegang saham FGV yang menjoritinya terdiri dari peneroka kekal terjamin biarpun berlaku penurunan akibat proses jual beli atau pengambilan untung.
Mereka masih bertungkus lumus untuk menggagalkan usaha kerajaan
menyenaraikan FELDA Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Saham Kuala
Lumpur (BSKL) dengan menyebarkan khabar palsu dan mengelirukan fakta
dengan harapan untuk membangkitkan kemarahan ramai.
Dalam tempoh sebulan ini sekurang-kurangnya dua isu telah digembar
gemburkan oleh ANAK dan sekutu mereka melalui media maya dan akhbar
milik mereka;-
1) Spekulasi turun naik harga saham FGVH
2) Polemik unsur judi dalam FGVH
Berkaitan prestasi turun naik harga saham FGVH di BSKL, sepanjang
bulan September ini pembangkang melalui beberapa portal dan media maya
mereka cukup seronok membicarakan penurunan harga saham FGVH di BSKL.
Mereka seperti meraikan penurunan tersebut apatah lagi apabila harga
saham tertinggi yang dicatatkan FGVH pada harga RM5.46 tidak bertahan
lama setelah kemudiannya mengalami penurunan harga kepada RM4.57 untuk
seunit saham.
Dengan memperbesarkan kejatuhan harga saham itu, pembangkang
merasakan peluang untuk mereka membuktikan kepada umum bahawa langkah
penyenaraian FGVH di BSKL adalah satu langkah yang silap dilihat sebagai
benar.
Walhal hakikatnya, turun dan naik harga saham FGVH berkait rapat juga
dengan aktiviti jual beli. Dalam kes ini, saham FGVH telah beberapa
kali mengalami penurunan selepas KWSP & PNB menjual sedikit demi
sedikit secara berperingkat pegangan saham FGVH untuk mendapatkan
keuntungan.
Setelah harganya turun pada tangga tertentu, KWSP & PNB kembali
membeli saham-saham FGVH untuk jangka masa tertentu. Itulah resam
urusniaga dalam pasaran saham. Beli semasa harga rendah dan jual bila
harga tinggi.
Kedah yang diperintah oleh PAS pun ada anak syarikatnya telah membeli
unit saham FGVH, malah dikalangan pemimpin pembangkang pun ada yang
secara senyap-senyap memiliki saham FGVH termasuklah sudah beberapa kali
melakukan transaksi jual beli saham, itu menjelaskan lagi besarnya
potensi FGVH yang diyakini ramai.
Ketika artikel ini hampir siap ditulis, harga terkini saham FGVH
ialah RM4.83 untuk seunit. Peningkatan 0.26 sen berbanding harga
terendahnya berikutan langkah KWSP & PNB membeli semula saham-saham
di pasaran secara berperingkat ketika harganya rendah.
Sementara itu keuntungan yang diperolehi oleh KWSB & PNB hasil
penjualan saham pula dapat dinikmati oleh ahli-ahli mereka termasuklah
anda yang mencarum dengan KWSP dan mereka yang melabur dengan unit saham
milik PNB.
Manakala di pihak FGVH pula keuntungan dari urus niaga saham-saham
tersebut dikongsi sama dengan para peneroka di seluruh negara. Tiada
tanah tergadai, tiada bantuan diabaikan sebaliknya nikmat keuntungan dan
kesejahteraan dinikmati semua. Win-win situation.
Untuk makluman, pada akhir Ogos lalu seramai 112,635 peneroka FELDA
telah menerima pemberian dividen interim sebanyak RM400 hasil daripada
keuntungan penyenaraian saham FGVH. Dua bulan sebelum itu, setiap
keluarga peneroka FELDA turut menerima durian runtuh wang tunai RM15,000
yang dilakukan dalam tiga fasa.
Manakala itu, bermula 1 September lepas pula pihak Felda telah mengambil alih pinjaman bank yang dibuat oleh peneroka bagi membeli 800 unit saham FGVH dan hanya perlu membayar RM50 sahaja setiap bulan kepada FELDA.
Bukankah semua nikmat ini hasil kebijaksanaan dan pandangan jauh sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan tentunya tak terjangkau dek akal sejemput milik para pemimpin dan penyokong pembangkang.
Rata-rata penyokong pembangkang di FELDA hanya tahu komplen 24 jam tapi bila ada hasil dari penyenaraian saham FGVH, suku sakat merekalah antara yang paling ke depan menebalkan muka untuk menikmatinya. Bila kena boo oleh rakan-rakan sendiri, tahu pula marah.
Penulis yakin pakatan pembangkang khususnya PAS dan NGO proksinya, ANAK akan terus melakukan spekulasi dan propaganda murahan untuk mencipta fantasi dan halusinasi palsu di minda rakyat terutama para peneroka.
Namun selagi KWSP dan PNB kekal sebagai pemegang saham terbesar, harga saham tidak akan jatuh merudum sebagaimana dipropagandakan oleh pembangkang.
Realitinya, di antara FGVH yang sudah terbukti berada dilandasan yang betul dan menguntungkan pelaburnya termasuklah memberi limpahan manfaat untuk 112,635 peneroka FELDA tentulah amat tidak kena sama sekali untuk menerima pakai pula pandangan tahyul dari PAS yang koperasi miliknya KOHILAL telah mengalami kerugian lebihkurang RM45 juta membabitkan wang milik 89,000 ahlinya di seluruh negara. Tak gitu?
Sumber: MyKMU

Semoga selepas ini saham FGV akan terus merundum kepada 91sen seunit. Tahniah dari saya.
BalasPadamJangan risau..pihak kami akan membeli saham-saham tersebut pada harga murah
PadamSaya percaya fenomena turun naik saham, waktu rendah begini bukan pihak KWSP dan PNB sahaja yang beli. Dalam senyap-senyap pelabor lain kutip secara berterusan. Saya ikan kecil juga kumpul sewaktu harga berlegar antara 4.57 hingga 4.63 ini. Lepas itu peganglah untuk tempoh yang tertentu. Ingat, guna duit sendiri utk beli saham, insyAllah akan terlindung.
BalasPadamTerima kasih..
PadamSetuju dengan pandangan tuan