Cuba bayangkan jika seluruh negeri yang berada di sekeliling Selangor tidak mahu membakalkan air ke negeri itu, apa agaknya yang akan terjadi terhadap nasib rakyat Selangor nanti. Agak-agaknya cukup ke tidak air kumbahan, air longkang, air sungai dan air empangan yang berada di Selangor dirawat oleh loji sedia ada bagi menapung keperluan harian pengguna air di negeri ini.
Pada pendapat penulis, benda-benda yang mempunyai kepentingan kepada rakyat seperti air ini tidak perlu dipolitikkan. Dalam hal ini, sepatutnya kerajaan negeri Selangor perluah befikiran positif dan lebih mengutamakan kepentingan rakyat dan bukanya bermain politik sepanjang masa pada setiap perkara.

Slogan negeri berkebajikan yang sering dilaungkan oleh pemimpin Pakatan di Selangor tak lebih sekadar retorik semata-mata. Jika benar kerajaan negeri betul-betul mengutamakan kepentingan dan hak rakyat, sepatutnya tidak timbul perkataan JIMAT sepeti yang dinyatakan oleh Exco Kerajaan Negeri apabila perkara itu melibatkan keperluan asas yang terpenting buat rakyat Selangor di mana ia sudah menjadi tanggunjawab kerajaan negeri untuk menyediakanya.
Jika beginilah sikap kerajaan negeri Pakatan Selangor sampai siap boleh bergembira dengan keputusan pembatalan perjanjian pembekalan air dari Pahang seperti yang disuarakan oleh Menteri Besarnya, memang patut sangat rakyat Selangor menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan negeri yang baru yang lebih serius dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan kepentingan rakyat pada PRU13 akan datang.
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri ‘sangat gembira’ sekiranya Kerajaan Negeri Pahang mahu membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke negeri ini jika pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 tidak diteruskan.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, beliau percaya perkara itu juga menggembirakan rakyat negeri ini kerana secara tidak langsung Kerajaan Negeri tidak perlu membayar kira-kira RM80 juta setahun royalti air mentah kepada Kerajaan Negeri Pahang.
Katanya, Kerajaan Negeri menyambut baik hasrat Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob itu.
“Kalau dia (Adnan) nak batalkan kita gembira dengan keputusan itu kerana kita tidak perlu bayar RM80 juta setahun.
“Tetapi, dia perlu nyatakan secara bertulis perkara ini dan bukannya setakat cakap di media atau sebagainya,” katanya mengulas kenyataan Adnan bahawa pihaknya akan membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke Selangor.
Xavier berkata, tiada masalah sekiranya Pahang mahu membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke negeri ini kerana bekalan air mentah di Selangor mencukupi.
Sebelum ini, perjanjian itu ditandatangani antara Kerajaan Negeri Pahang dan Selangor yang ketika itu diwakili Dr Mohamad Khir Toyo pada kadar harga 10 sen bagi setiap meter padu dengan kuantiti 1.6 juta meter padu sehari.
Malah, Adnan juga mengugut jika Kerajaan Negeri tidak meneruskan Langat 2 pada masa sekarang dan ingin menyambungnya pada masa hadapan, harganya akan dinaikkan kepada RM1 bagi setiap meter padu.
Xavier berkata, beliau difahamkan pembinaan terowong siap 60 peratus dan Adnan perlu menjawab perkara itu kepada Kerajaan Pusat - Sinar Harian

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.