Beli Lori Sampah Guna Duit Rakyat Dapat Percuma Bas, Tapi Anwar Seorang Boleh Guna


Benarkah ada dakwaan yang mengatakan bahawa bas mewah yang digunakan Anwar dalam siri jelajahnya adalah milik Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim?

Mengikut sumber maklumat dalaman PKR, bas tersebut bukanya disewa oleh Khalid Ibrahim, sebaliknya bas mewah itu adalah miliknya.

Menurut sumber dalaman PKR itu lagi, bas mewah milik Khalid Ibrahim yang digunakan Anwar itu adalah pemberian percuma sebagai balasan kerajaan negeri Selangor membeli 50 buah lori kompaktor sampah dari syarikat tersebut.

Segala butiran terperinci seperti salinan kad pendaftaran bas tersebut kini berada dalam simpanan. Oleh kerana menghormati permintaan pemberi maklumat, butiran mengenai bas mewah Khalid Ibrahim ini tidak dapat didedahkan kepada umum buat sementara waktu.

  • No Pendaftaran : BLU 8779
  • No Enjin : M61HA800001
  • Pembuat : Dong Feng
  • Tarikh Daftar : 03 September 2012
  • Kegunaan : Persendirian
  • Pemilik : Abdul Khalid Bin Ibrahim 
Di Malaysia kita semua telah biasa dengan sistem penyewaan, samada sewa pejabat, sewa rumah , sewa kereta atau sewa lain-lain.

Barang yang disewa kebiasaanya didaftarkan di atas nama pemilik dan penyewa akan menandatangan satu perjanjian dengan pemilik.  Belum wujud lagi di negara kita barang yang disewa didaftarkan atas nama penyewa.

Jika benar bas PKR yang disewa kepada Tan Sri Khalid dan pemilik yang sebenar  bersetuju untuk mendaftarkan bas tersebut atas nama Tan Sri Khalid, ini bermakna pemilik itu orang yang sungguh luar biasa baiknya dan mempunyai kepercayaan yang amat tinggi kepada Tan Sri Khalid.

Kebiasaannya orang yang begitu adalah orang yang telah termakan budi yang besar atau mempunyai kepentingan dengan Tan Sri Khalid. Jika ini berlaku bermakna sekali lagi telah berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa dalam hal ini....Pendedahan selanjutnya di SEL13.COM
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Kalau beli lori sampah dapat hadiah bas ... itu namanya rasuah. Takkan itu pun SPRM tak tahu?

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.