Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, tidak lagi
berkeupayaan untuk menjadi pemimpin negeri ini bagi tempoh lima tahun
lagi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, meminta semangat ‘Gelombang Merah’ yang selama ini menjadi semangat perjuangan UMNO Kelantan ditingkatkan menjadi ‘gelombang besar’ dalam memastikan kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, meminta semangat ‘Gelombang Merah’ yang selama ini menjadi semangat perjuangan UMNO Kelantan ditingkatkan menjadi ‘gelombang besar’ dalam memastikan kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.
“Nik Aziz sudah tidak ada kudrat untuk menjadi pemimpin lima
tahun lagi, justeru, ahli UMNO perlu bersedia untuk melakukan perubahan
bermula sekarang dengan menukar gelombang kepada ombak besar.
“Bagi mencapai kejayaan itu, ahli UMNO Kelantan perlu mengamalkan
lima perkara iaitu taat setia kepada pemimpin, jangan berlaku
perpecahan, mengatur strategi, mesra rakyat dan buktikan komitmen kerja.
“Ahli UMNO perlu sedar cabaran yang menanti begitu mencabar dan
jangan jadikan perjuangan ini separuh jalan kerana sudah 22 tahun
diperintah PAS, perlu perubahan untuk menikmati pembangunan lebih
rancak,” katanya.
Sumber: Berita Harian
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.