Nak Tahu Keseronokan Mendaki 'Gunung'?

gunung daik
Sukan mendaki gunung adalah salah satu aktiviti rekreasi yang mencabar. Mereka melihat sukan ini sebagai salah satu cabang untuk menyihatkan badan di samping mempunyai beberapa kelebihan tersendiri. Antara gunung yang popular ialah Gunung Tahan, Gunung Nuang, Gunung Yong Yap, Gunung Kinabalu, dan beberapa gunung lain di sekitar Malaysia.

Sukar untuk dinafikan bahawa sukan ini membawa seribu satu kelebihan kepada pengemarnya. Antara kelebihan utama sukan ini ialah dapat menyihatkan anggota badan. Seperti yang kita ketahui, aktiviti mendaki gunung memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang luar biasa. Kita hendaklah bersedia sepenuhnya sebelum sesuatu ekspedisi untuk memudahkan pergerakan pasukan.

Kelebihan kedua sukan ini ialah dapat melihat kebesaran ciptaan Allah yang Maha Esa. Antaranya ialah keindahan terbenam dan terbitnya matahari, kesegaran air terjun yang mengalir, tebaran bintang-bintang di angkasa, kejinakan binatang-binatang di hutan, dan khasiat tumbuh-tumbuhan. Dengan melihat kebesaran ini, moga-moga dalam masa yang sama dapat meningkatkan kesedaran kita betapa pentingnya untuk menjaga keindahan alam yang dianugerahkan oleh Allah yang Esa.

Dalam masa yang sama, sukan ini dapat melupakan kita kepada masalah-masalah yang kita hadapi di kotaraya. Ketika berekspedisi tidak kedengaran bunyi-bunyi bising kereta, kesesakan lalu lintas yang teruk, gangguan bunyi dari bilik rakan, dan kerja yang diberikan lecture mahupun bos. Di sini, kita dapat merehatkan minda kita dan bermuhasabah untuk menjadi manusia yang lebih berguna.

Cinta, jodoh, kawan karib, skandal dan isteri juga merupakan salah satu kelebihan istimewa aktiviti mendaki gunung.

Aktiviti ini juga dapat memupuk pelbagai sikap positif kepada pengemarnya. Antaranya kerjasama dalam pasukan, disiplin diri, rasa bertanggungjawab dan menepati masa. Secara teori memang mudah untuk ditulis dan difahami. Namun, sikap-sikap ini memerlukan penekanan yang lebih terhadap setiap individu.

Kesimpulannya, sukan mendaki gunung ini mempunyai kelebihan dan manfaat tersendiri kepada penggemarnya.
Share on Google Plus

About Unknown

7 comments:

  1. suka... suka... saya suka....

    BalasPadam
  2. Apa kena mengena gambar ni dengan aktiviti mendaki gunung? Nak dakwahkan orang untuk sihat, jgn bawa orang untuk fikir maksiat. apeee laarrr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya takde kena mengena pun...suka-suka letak..baru gambar gunung...tak kan dah tergoda...

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.