TPM Pula Berspekulasi Mengenai Tarikh Pilihanraya

Tahun ini ke tahun depan? Itu teka teki terhangat mengenai bila pilihanraya umum ke 13 akan diadakan. Berbagai spekulasi kini berlegar mengenainya.

Ahad,Tan Sri Muhyiddin sudah kasi panas lagi cakap-cakap mengenai tarikh PRU13 bila beliau menyuarakan pandangan bahawa masa yang terbaik untuknya ialah dalam tahun ini.

Malah beliau tidak melihat beberapa perayaan yang akan diadakan dalam masa terdekat seperti Hari Raya Aidilfitri sebagai satu halangan untuk adakan pilihanraya.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Batu di Kuala Lumpur.

"Tak tahulah Perdana Menteri (dipercayai merujuk kepada kuasa perogratif PM tentukan bila pilihanraya hendak diadakan) . Mungkin beberapa bulan akan datang. Tapi saya beritahu yang terbaik adalah tahun ini. Sekarang sudah hendak masuk bulan puasa. Ada orang tanya apakah bulan puasa nak diadakan pilihan raya?

"Saya kata apa salahnya. Bulan raya , apa salahnya. Selepas itu sambutan Hari Kebangsaan , apa salahnya. Masuk September  Hari Malaysia. Bila dah sampai waktu, maka jadilah ia ," katanya.

Serentak dengan itu beliau mahu bahagian-bahagian UMNO menumpukan perhatian buat segala persiapan untuk pilihanraya.

 "Pemimpin setiap bahagian mesti rajin dan turun padang untuk mendengar masalah rakyat. Jangan sampai rakyat berasa terabai," tambah beliau.

Katanya  setiap pemimpin tidak boleh mengambil sikap 'tutup telinga', sebaliknya harus terus berbincang bagi memastikan rakyat terus mendapat bantuan sewajarnya.

Muhyiddin juga memberitahu beliau akan mengadakan pertemuan dengan beberapa bahagian UMNO yang dikenalpasti bermasalah pada Ramadan ini.

Katanya langkah ini adalah bagi memastikan masalah dalaman bahagian berkenaan dapat diselesaikan menjelang PRU13.

Beliau tidak berselindung dalam mengakui adanya bahagian-bahagian UMNO yang bermasalah sekalipun jumlahnya tidak banyak.

Kata Timbalan Perdana Menteri berkata hakikatnya bahagian-bahagian bermasalah berkenaan merupakan kawasan yang ‘ boleh menang’ dalam pilihanraya.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, berkata beliau sudah memaklumkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang "saya mahu memanggil mana-mana bahagian bermasalah dan duduk berbincang dan bercakap terus terang."

"Kita ada 220 kawasan Parlimen dan kita tahu kedudukan tiap-tiap satu. Sedikit sebanyak masalah dalam bahagian itu, biasalah," katanya.

Menurutnya sekiranya terdapat masalah di mana-mana bahagian, semua pihak dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi perlu bersama-sama mencari penyelesaian bagi memastikan ia dapat diselesaikan secara baik.

Beliau berkata bagi setiap kawasan yang ditandingi, baik di peringkat Parlimen mahupun negeri, adalah penting untuk mengembalikan kuasa Barisan Nasional (BN) yang telah hilang pada pilihan raya umum lepas.

Beliau tidak mahu apa yang berlaku pada pilihan raya umum lepas berulang kembali, iaitu apabila kekalahan BN adalah kerana faktor sabotaj atau 'cah keting' anggota Umno sendiri, dan bukannya kerana kekuatan parti pembangkang.

Muhyiddin turut menyarankan pemimpin parti komponen BN untuk turut mengenal pasti kehendak dan masalah yang dihadapi oleh pengundi bukan Melayu supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.

Sumber: Agenda Daily
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.