PRU13: Majoriti Melayu Tetap Sokong BN

orang-melayu-sokong-bn

KUALA LUMPUR : Satu kajian yang dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati majoriti masyarakat Melayu memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik UKM bagi tempoh antara Disember 2012 dan Mac lalu menyaksikan trend sokongan tersebut mencecah sehingga 68 peratus.

Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, antara faktor sokongan itu ialah kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan program transformasi.

?Kajian itu dibuat dalam kalangan 4,500 responden wanita di seluruh negara yang mana sebanyak 68 peratus mereka menyatakan kesediaan mengundi BN dan menyokong kerajaan sedia ada.

?Lazimnya, kecenderungan sama ditunjukkan suami responden terbabit serta anak-anak mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mohd. Fuad, kajian berkenaan belum lagi mengambil kira faktor selepas manifesto dan calon BN bagi PRU-13 diumumkan yang mana momentum sokongan itu dijangka terus meningkat.

?Kita akan meneruskan kajian dalam tempoh berkempen ini dan perlu diingatkan sekitar 18 hingga 23 peratus pengundi adalah pengundi atas pagar yang baru pertama kali mengundi," katanya.

Menurutnya, trend sokongan masyarakat Melayu kepada BN itu kerana mereka meyakini parti tersebut mampu memelihara status quo dalam perjuangan agama, bangsa dan negara di samping mengekalkan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

?Orang Melayu tidak suka melihat pakatan antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana banyak perkara telah tersasar terutama berkaitan kepentingan agama Islam serta isu kalimah Allah.

?Lagipun, pakatan pembangkang sangat longgar dalam perjuangannya terhadap agama, bangsa dan negara, oleh itu, orang Melayu beranggapan lebih baik mengekalkan kerajaan sedia ada," katanya.

Sementara itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, sokongan masyarakat Melayu terhadap BN didorong kejayaan agenda transformasi kerajaan selain kegagalan pembangkang menunaikan janji di negeri dikuasai mereka.

?Dahulu pembangkang lantang mengkritik tetapi selepas menjadi kerajaan, baru masyarakat nampak keupayaan sebenar mereka," katanya.

Menurut beliau, kemerosotan sokongan terhadap pakatan pembangkang itu juga disebabkan Pas, PKR dan DAP dibelenggu banyak masalah dalaman.

Utusan
Share on Google Plus

About Unknown

7 comments:

  1. Takkanlah Melayu Islam nak sokong LGBT, pluralisma agama, sex bebas, homo dan bisexual, kebebasan utk murtad, penggadai agama, khawarij dan pengkafir saudara sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bro..tak sanggup aku dan keluarga berketuakan seorang peliwat dan penggadai agama..minta dijauhi dari berlaku..

      Padam
  2. Ntah pape... semua itu tidak ada bukti yang sahih... so ubah pemikiran tu lebih berakal sikit... pelik apabila ada orang Islam tidak mahu hukum Islam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang lebih pelik bila ada golongan yg mengaku sudah terlebih islam lps tu siap boleh jual lagi ..contoh dlm isu penggunaan kalimah Allah utk org bukan islam..

      Padam
  3. Haha, Allah x jadikan orang Islam je kan... Allah jadikan semua manusia di muka bumi ini... semua makhluk Allah jadikan... So semua orang boleh sebut Allah... sebab Allah ialah Tuhan semesta alam... cba search kat internet sapa yang mula2 bg kebenaran guna kalimah Allah dalam bible tuh??? kalu malas nk search, baik x payah komen... memalukan bangsa jer... Sy doakan semua orang Islam bersatu menegakkan hukum Islam di muka bumi Allah ini (termasuk anon 13:11)...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahu kami lah..hanya bahasa Melayu sahaja yg dibenarkan kerana ia bahasa kebangsaan..bukanya kalimah Allah sperti yg PAS perjuangkan untuk org kafir..

      Dewan ulam PAS sendiri dah buat ketetapan bahawa kalimah Allah tak boleh diguna oleh bukan Islam..

      Adakah kamu rela dan setuju nama Allah yang diguna org islam hari ini digabungsuai dengan konsep Trinity?

      Padam
    2. http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16483-isu-kalimah-allah-selesai-majlis-syura-sudah-putuskan

      http://www.antalhaq.com/2013/01/kalimah-allah-pendirian-majlis-syura.html

      Anon 21:31 kat ats tu tak tulis pun kata orang bukan Islam boleh terjemah atau tulis ke bahasa Melayu. Fahami betul2 ye, jgan salah faham. So, semua orang boleh sebut Allah, tapi tidk boleh terjemah / tulis bible atau bahan2 daripada orang bukan Islam dalam bahasa Melayu bg maksud Lord atau God. PAS sendiri pun tidak beri kebenaran GUNA ( dengan kata lain terjemah/tulis) kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia tercinta ini. Sy harap admin jeringdaily bersama-sama menegakkan hukum Islam di muka bumi Allah ini. Semoga Allah s.w.t ampunkan dosa-dosa kita.

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.