Merajuk Yang Terlalu Lama Boleh Buat Orang Lain Meluat Pada Diri Kita

awek merajuk
Merajuk tidak perlu lama-lama. Bukannya kita dapat apa-apa pun nanti. Lagi bertambah sedih dan tidak gembira pada diri. Kalau kita merajuk lama-lama pun, takut nanti kalau si buah hati bosan dan pergi kepada orang lain? Nanti kita juga yang rugi.

Bukanlah tidak boleh merajuk, tetapi biarlah berpada-pada. Cuba kita buangkan sedikit sikap ego kita itu. Cuba berikan sedikit ruang dalam hati kita untuk memaafkan kesilapan si dia. Cuba berikan sedikit hati kita untuk menerima kata-kata maaf dari si dia. Lagipun, mungkin kesilapan yang dilakukan bukan disengajakan ataupun si dia hanya bergurau-gurau saja.

Tetapi, bagaimana untuk berhenti merajuk? Ada sesetengah orang, dia merajuk mengada-ngada. Kalau merajuk mengada-ngada macam ini selalunya diri sendiri yang akan rugi dan diri sendiri juga yang terpaksa pujuk sendiri.

Kalau yang merajuk disebabkan memang patut merajuk tu, memang patut la si dia pujuk. Tetapi jangan la merajuk berlebih-lebihan. Bila si dia sudah pujuk, cepat-cepatlah gembira semula, bagi ceria-ceria sikit. Janganlah cuba menyeksa si dia pula seperti terpaksa turun dari utara ke selatan dan balik semula ke utara dalam masa satu hari hanya untuk pergi pujuk orang yang merajuk. Disebabkan sayang, sanggup naik bas ulang-alik utara-selatan.

Dan kalau anda sekarang ni sedang merajuk, henti-hentikanlah. Buat apa kita nak merajuk lama-lama? Nanti kita sendiri juga yang penat nanti. Sudahlah penat merajuk, rindu pada si dia lagi. Tidakkah itu akan merugikan anda? Cuba hentikan merajuk kita dan bergembira. Orang kata, senyum selalu. Semasa merajuk, cuba pandang ke cermin dan cuba buat muka merajuk yang semerajuk yang boleh, tidakkah ianya akan memburukkan wajah kita yang ceria?
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.