Mujahid Sanggup Hilang Elaun Ribuan Ringgit Demi Menjaga Maruah Pas

Mujahid-pas-elaun

Selepas Mohamad Sabu, seorang lagi pemimpin progresif PAS  meletakkan jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.

Anggota Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa mengesahkan mengosongkan semua jawatannya dalam kerajaan negeri, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

"Ya, semua jawatan rasmi,” katanya ketika ditanya sama ada beliau benar-benar mengambil keputusan itu.

Mohamad dalam ucapan penggulungan di muktamar PAS 6 Jun lalu mengumumkan akan meletakkan jawatan daripada kerajaan Pulau Pinang selepas usul memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas.

Beliau berkata berbuat demikian sebagai tanda taatkan ulama.

'Undurlah demi maruah'

Mujahid kini menyandang jawatan sebagai anggota lembaga Yayasan Islam Pulau Pinang dan ahli lembaga pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang, bawah kelolaan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Katanya langkah itu diambil selari dengan keputusan muktamar dan berharap pemimpin lain mempunyai semangat sama.

"Saya letak jawatan kerana saya dilantik atas kapasiti parti,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataannya awal malam ini, Mujahid berkata usul dalam muktamar baru-baru ini bermaksud PAS sudah hilang kepercayaan kepada Pakatan.

“Sebagai memenuhi keputusan muktamar yang merupakan keputusan tertinggi parti adalah bermaruah saya melepaskan jawatan yang dilantik atas kapasiti parti,” katanya,

“Semoga keputusan ini memberi semangat kepada rakan-rakan lain yang terlantik atas kapasiti parti PAS sebagai salah satu anggota kerajaan Pakatan untuk melepaskan jawatan bagi memelihara maruah parti yang disayangi dan terhormat."
Share on Google Plus

About Jering Daily

4 comments:

  1. Semua ini berlakon untuk tunjuk manis dan sokongan kepada kepimpinan Pas yang baharu. Ini semua strategi untuk tetap "melekat" dengan para pemimpin agar boleh cucuk jarum fitnah dan sabotaj. Ini sebagai "digging-in" dan terus buat musnah secara halus. Mereka-mereka ini kekal dapat sokongan dari DAP tapi melalui cara lain. Percayalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong..ini berlakon ja ni...

      Padam
  2. Betul setuju sangat. Mereka akan sentiasa menjadi talibarut DAP duri dalam daging. Jangan lupa merekalah yang terang2 menghina Presiden.

    BalasPadam
  3. MANUSIA YANG BERMARUAH......LEBAI2 SUCI TUNGGU PA LAGI...MUKA TEMPEK KULIT BABI KA?LETAK JAWATAN SEKARANG!!!!!

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.