1MDB Langsai Hutang RM3.6 Bilion

Arul-Kanda-1mdb

1MDB sudah membayar sepenuhnya hutang mereka bernilai AS$975 juta (RM3.6 bilion) kepada konsortium enam bank antarabangsa diketuai Deutsche Bank.

"Hari ini kami memaklumkan pinjaman berkenaan dibayar sepenuhnya.

"Pembayaran semula RM3.6 bilion membayangkan komitmen 1MDB mengurangkan kadar hutang selaras dengan pelan rasionalisasi diluluskan kabinet," kata Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy hari ini.

Pada 29 Mei lalu kabinet mengumumkan mencapai persetujuan dengan syarikat dari Emiriah Arab Bersatu, International Petroleum Investment Company (IPIC) untuk melunaskan hutang pada atau sebelum 4 Jun.

Sebagai tukaran, 1MDB akan menyediakan sejumlah aset kewangan - termasuk "unit" yang dimiliki mereka dalam akaun BSI Singapura kepada IPIC serta anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar).

Konsortium perbankan itu menuntut 1MDB membayar hutang mereka sebelum tarikh matang pada September depan, didakwa kerana bimbang terhadap kemampuan syarikat berkenaan.

Ekoran itu 1MDB menjelaskan, pengauditan terakhir syarikat itu menunjukkan hutang ditanggung adalah sebanyak RM41.8 bilion - atau kira-kira 13.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.