PAS Selangor Mahu Wakil Parti Pertikai Fatwa Dikenakan Tindakan

Iskandar-A-Samad

PAS Selangor akan melaporkan tindakan tiga Ahli Parlimen PAS mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berhubung liberalisme dan pluralisme kepada PAS Pusat, kata Pesuruhjayanya, Iskandar A Samad.

Sambil menegaskan tindakan seumpama itu bukan pendirian PAS Selangor dan tidak membabitkan kepemimpinan parti negeri, Iskandar berkata tindakan Ahli Parlimen PAS itu dibuat tanpa perbincangan dengan pihaknya walaupun diadakan sesi pertemuan mingguan dengan wakil rakyat PAS pada setiap pagi Rabu.

sony-xperia-z-waterproof-bikini-model
Sony Xperia Kalis Air. Klik Sini
"Wakil-wakil rakyat tidak sepatutnya bertindak bersendirian kerana mereka bertanding di dalam pilihan raya umum di atas tiket parti dan bukan tiket individu.

"Oleh yang demikian, tindakan mereka akan dilaporkan kepada PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan bertarikh semalam.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusof Rawa; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; dan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dilaporkan mengadakan sidang media menggesa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberi penerangan berhubung fatwa berkenaan.

Iskandar berkata, PAS Selangor melihat tindakan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa secara terbuka adalah satu tindakan yang tidak wajar.

Katanya, tindakan itu hanya akan membuka ruang untuk semua fatwa dipertikaikan.

"Keadaan yang sedemikian sudah tentu akan mewujudkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam," katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.