Konvensyen Umno Johor Dijangka Mampu Bangkitkan Semangat Ahli

Konvensyen-Umno-Johor-2014
Konvensyen Umno Johor yang bakal berlangsung minggu depan, dijangka dapat menyemarakkan semangat dan perjuangan anggota Umno, sekaligus membuktikan parti itu masih kukuh di negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Md Jais Sarday berkata, konvensyen dua hari itu, yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, juga akan dijadikan platform bagi mengeratkan hubungan antara generasi lama dan baru di kalangan anggota parti.

"Sesuai dengan tema Di Sini Lahirnya Umno, kami amat berharap konvensyen ini juga akan dapat digunakan untuk menyegarkan kembali sejarah penubuhan Umno yang lahir di negeri ini kepada semua ahli agar ia sentiasa tersemat di hati mereka," kata beliau ketika ditemui pemberita di Pejabat Perhubungan Umno, di sini, Sabtu.

Konvensyen Umno Johor yang akan diadakan di Hotel Berjaya Waterfront pada 14 dan 15 November ini, kata beliau, juga harus memberi tumpuan terhadap dua perkara asas yang akan dijadikan sebagai kekuatan parti itu.

hot-insta-girl
Gadis instagram terHOT. Klik
Md Jais berkata, setiap perwakilan harus fokus mengenai strategi untuk memperkasakan parti, selain memberi cadangan-cadangan sesuai bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pada konvensyen kali ini, Umno Johor akan mengadakan bengkel dengan empat tajuk utama iaitu politik, ekonomi, pendidikan dan agama serta bengkel golongan muda.

"Saya harap, bagi setiap tajuk ini, arah tuju perbincangan ditumpukan terhadap dua perkara asas itu," kata beliau.

Md Jais berkata, kedua-dua asas itu penting memandangkan Umno Johor kini seringkali diserang hebat oleh pembangkang khususnya DAP yang berazam untuk menumbangkan parti itu di negeri ini.

Beliau berkata, setiap perwakilan harus bijak mengambil kesempatan pada konvensyen itu nanti memandangkan ia adalah platform terbaik untuk melahirkan resolusi bagi menyuarakan pandangan Umno Johor menjelang Perhimpunan Agung Umno pada 25 hingga 29 November ini.

Konvensyen dua hari itu yang bermula pada 14 November ini bakal menyaksikan kehadiran kira-kira 850 perwakilan dari 26 bahagian selain daripada pemerhati dan jemputan khas.

Ia merupakan konvensyen pertama yang diadakan di bawah kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga Menteri Besar Johor.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.