Hadi Awang Bakal Berdepan Tindakan Saman Buat Kali Kedua Kerana Memfitnah

hadiawang-fitnah-barua

Kenyataan terbuka Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menggelarkan dua tali barut Anwar yang dihantar untuk memporakperandakan parti Islam itu sebagai 'barua' PKR telah mengundang kemarahan dan reakasi kurang senang penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang berpendapat bahawa kenyataan tersebut sudah keterlaluan.

Penyokong tegar PR yang bersetuju dangan keputusan Anwar Ibrahim melantik isterinya menjadi calon Menteri Besar Selangor turut menyifatkan dakwaan Hadi Awang yang menuduh dua Adunya dibayar dengan sejumlah wang yang banyak oleh pihak tertentu sebagai satu fitnah paling jahat.

Gelaran 'barua' PKR dan tuduhan yang dilemparkan Presiden PAS itu didakwa telah mencemarkan imej kedua-dua Adun PAS Selangor tersebut sebagai wakil rakyat.


Beberapa komentar ahli PAS yang berimamkan Anwar Ibrahim di laman sosial, menuntut kedua-dua Adun itu mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan celupar dan fitnah yang dilontar keluar dari mulut seorang yang bergelar ulama.

Hari ini, Hadi Awang dalam satu ucapanya, secara terbuka telah menggelarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) sebagai 'barua' PKR kerana telah melanggar baiah atau sumpah taat setia kepada parti dengan menandatangani surat akuan  bersumpah (SD) bagi menyokong perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.